Wednesday, 7 December 2011

Hasrat Baddrol Sertai Kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.


Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau berkata tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikannya kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan."Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini Selasa.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Asraruddin Putra Omar dan Mohd Irfan Fazail.

Anak kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan, berkata beliau ingin mengikut jejak langkah Safee Sali yang turut bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang merupakan tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee. Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang pada 2012," katanya.

sumber : BERNAMA

Hangbola - Baddrol perlu terima tawaran ini jika benar beliau mendapat tawaran secara rasmi untuk menyertai Pelita Jaya. Mungkin Malaysia lebih kuat dari Indonesia jika prestasi semasa diambilkira, namun begitu dari segi liga tempatan, ISL lebih kompetitif dari MSL. 

MSL masih lagi dikategori liga gred D, manakala ISL pula berada lebih tinggi di gred B. Ambil contoh Safee Sali yang begitu ketara peningkatan mutu permainan selepas menyertai Pelita Jaya dan beraksi di ISL. 

ISL juga dikhabarkan menambah kuota import untuk setiap pasukan dari 4 orang ke 5 orang. Ia pasti memberi kelebihan kepada Baddrol untuk bersaing dengan pemain-pemain import yang lain dan juga pemain-pemain tempatan Indonesia yang tidak kurang hebatnya. 

Secara tidak langsung pasti akan meningkatkan mutu permainan Baddrol dan yang paling penting dapat membantu menguatkan lagi skuad kebangsaan. Pasti menarik gandingan Safee - Baddrol di Pelita Jaya.


Tuesday, 6 December 2011

Luis Suarez Kantoi " Slipping His Middle Finger Up" Di Cottage.

Selepas insiden racist ke atas Evra, penyerang Liverpool Luis Suarez buat hal lagi. Kali ni Suarez menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kepada penyokong Fulham di Cottage semalam selepas tewas 0-1. 


Tindakan Suarez itu adalah tindakbalas dari ejekan "cheat, cheat, cheat" oleh penyokong Fulham kepadanya selepas cuba mendapatkan penalti pada separuh masa kedua. Dia kantoi apabila gambarnya diambil ketika membuat isyarat tersebut semasa berjalan meninggalkan padang selepas tamat permainan. 

Adik Khairul Fahmi Kembali Ke Rahmatullah.


Adik kepada pengjaga gol kebangsaan, Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.30 pagi tadi. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Hangbola mengucapkan salam Takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan keluarganya atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Amin.

Al-Fatihah...

sumber : kelate.net



Sunday, 4 December 2011

Aksi Pertama Safee Sali Sebagai Kapten Pelita Jaya FC


sumber photo : zack rahim fb

Gambar ini di ambil ketika aksi pertama Safee Sali sebagai kapten Pelita Jaya FC menentang Sriwijaya FC untuk perlawanan pertama ISL 2011/2012 yang menyaksikan Pelita Jaya tewas 1-3. Hangbola kagum dengan kesungguhan dan semangat tinggi Safee apabila tidak sampai semusim bersama Pelita Jaya beliau dilantik sebagai kapten pasukan. Sikap positif yang dimiliki Safee Sali pasti ditagih Pelita Jaya untuk membimbing pemain-pemain lain.

Tahniah Safee Sali dan selamat maju jaya!!

Retro : Perlawanan Persahabatan 1974 Malaysia 2 - Arsenal 0


"Malaysia Guns Down Arsenal". Tahun 1974 di Stadium Merdeka tercatat sejarah Malaysia menundukkan jaguh England dan Eropah Arsenal 2-0. The Supermokh menyumbangkan kedua-dua gol tersebut.

Saturday, 3 December 2011

Khairul Fahmi Pernah Terfikir Gantung But Awal?


Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

sumber : kelate.net

hangbola nak menyeru kepada pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan terhadap populariti seseorang dengan membuat cerita-cerita dan gossip-gossip negatif dengan mendedahkan aib seseorang semata-mata untuk mendapatkan publisiti "murahan" tolong hentikan sebelum ianya akan menyebabkan karier seseorang itu  musnah dan hancur. Bagaimana jika ia terjadi kepada anda? Apa perasaan anda? Tidak salah kiranya jika kita membuat cerita-cerita positif yang boleh memangkinkan lagi semangat seseorang untuk lebih berjaya di dalam kariernya.

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani”. ~ Al-Hujuraat ayat 1













EURO 2012 Final Draw



GROUP A
 Poland  Greece  Russia  Czech Rep
  
June 8
5pm 
 Poland vs  Greece National Stadium
Warsaw
June 8
7.45pm
 Russia vs  Czech Rep Municipal Stadium
Wroclaw
June 12
5pm
 Greece vs  Czech Rep Municipal Stadium
Wroclaw
June 12
7.45pm
 Poland vs  Russia National Stadium
Warsaw
June 16
7.45pm
 Czech Rep vs  Poland Municipal Stadium
Wroclaw
June 16
7.45pm
 Greece vs  Russia National Stadium
Warsaw

Agak mudah group A ni nampaknya dan mungkin sedikit kelebihan kepada Russia. Perlawanan pembukaan adalah antara pasukan tuan rumah Poland menentang bekas juara Euro 2004 Greece pada 8 June di Warsaw.


GROUP B
  Netherlands  Denmark  Germany  Portugal
  
June 9
5pm 
 Netherlands vs  Denmark Metalist Stadium
Kharkiv
June 9
7.45pm
 Germany vs  Portugal Arena Lviv
Lviv
June 13
5pm
 Denmark vs  Portugal Arena Lviv
Lviv
June 13
7.45pm
 Netherlands vs  Germany Metalist Stadium
Kharkiv
June 17
7.45pm
 Portugal vs  NetherlandsMetalist Stadium
Kharkiv
June 17
7.45pm
 Denmark vs  Germany Arena Lviv
Lviv

Boleh dilabelkan sebagai kumpulan maut Euro 2012. Sukar untuk diramalkan pasukan mana yang akan meloloskan diri ke peringkat seterusnya. 


GROUP C
  Spain  Italy  Rep.Ireland  Croatia
  
June 10
5pm 
 Spain vs  Italy PGE Arena
Gdansk
June 10
7.45pm
 Rep. Ireland  vs  Croatia Municipal Stadium
Poznan
June 14
5pm
 Italy vs Croatia Municipal Stadium
Poznan
June 14
7.45pm
 Spain vs  Rep. IrelandPGE Arena
Gdansk
June 18
7.45pm
 Croatia vs  Spain PGE Arena
Gdansk
June 18
7.45pm
 Italy vs  Rep. Ireland  Municipal Stadium
Poznan

Juara eropah 2008 dan dunia 2010 Spain dan juara dunia 2006 Italy diundi bersama di dalam group C.  Kedua-dua pasukan ini pasti akan menjadi pilihan tetapi terlebih dahulu perlu melepasi halangan Croatia dan Rep. Ireland.


GROUP D
 Ukraine  Sweden  France  England
  
June 11
5pm 
 France vs  England Donbass Arena
Donetsk
June 11
7.45pm
 Ukraine vs  Sweden Olympic Stadium
Kiev
June 15
5pm
 Sweden vs  England Olympic Stadium
Kiev
June 15
7.45pm
 Ukraine vs  France Donbass Arena
Donetsk
June 19
7.45pm
 England vs  Ukraine Donbass Arena
Donetsk
June 19
7.45pm
 Sweden vs  France Olympic Stadium
Kiev

Juara eropah 2 kali France diundi bersama England di dalam kumpulan D bersama-sama Sweeden dan tuan rumah Ukraine. Mungkin tiada masalah untuk France dan England layak ke peringkat suku akhir.

QUARTER-FINALS  
June 21
7.45pm 
Winner Group A vs
Runner-up Group B  
National Stadium
Warsaw
June 22
7.45pm 
Winner Group B vs
Runner-up Group A  
PGE Arena
Gdansk
June 23
7.45pm 
Winner Group C vs
Runner-up Group D  
Donbass Arena
Donetsk
June 24
7.45pm 
Winner Group D vs
Runner-up Group C  
Olympic Stadium
Kiev



SEMI-FINALS  
June 27
7.45pm 
Winner QF1 vs Winner QF3  Donbass Arena
Donetsk
June 28
7.45pm 
Winner QF2 vs Winner QF4  National Stadium
Warsaw



FINAL  
July 1
7.45pm 
Winner SF1 vs Winner SF2  Olympic Stadium
Kiev

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...