Wednesday 30 November 2011

Neelofa Awek Nazmi Faiz??




Sebaik saja pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun iaitu Harimau Muda A berjaya meraih ibu emas di temasya Sukan Sea yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini, nama pemain-pemain pasukan ini semakin menjadi sebutan ramai.

Terutama sekali nama Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang menjadi penjaga gol kebangsaan. Selain Apex, nama lain yang disebut gadis-gadis adalah Irfan Fazail, Fandi Othman, Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Yong, Izzaq Ramlan, Mahali Jasuli dan Muslim.

Murai Batu dengar, ada diantara mereka yang diundi untuk menjadi calon suami. Wah! Hebat sungguh mereka semua. Bagaimanapun, dari semua nama itu, pemain berusia 17 tahun iaitu Nazmi Faiz ternyata  menjadi perhatian kerana telah mencatat satu corak permainan yang bagus walaupun dia belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dalam pada mendapat perhatian, nama Nazmi tiba-tiba telah dikaitkan dengan gosip seperti mana yang pernah terjadi kepada Apex iaitu dikaitkan dengan pelakon cantik lagi popular.
Mengimbas kembali gosip itu, sewaktu tamat perlawanan Piala Suzuki yang lalu, Apex telah dikaitkan dengan Nora Danish.

Manakala Nazmi pula ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan pelakon cantik Neelofa. Terkesima pula Murai Batu mendengarnya, apatah lagi nama Neelofa dikaitkan dengan Nazmi. Seakan sama dengan kes Apex yang telah dikaitkan kerana sebaran laman sosial twitter, Nazmi juga tidak jauh bezanya.

Murai Batu masih belum mengetahui puncanya, Tapi menerusi laman sosial Facebook telah menyebarkan gossip bahawa Nazmi ada keluar bersama Neelofa. Entah bila dan di mana itu Murai Batu kurang pasti. Tapi lebih hebat lagi, apabila Murai Batu dapat tahu bahawa Nazmi dikatakan adalah buah hati Neelofa.

Sungguhpun perkara ini telah tersebar dengan meluas, tapi Murai Batu merasakan ianya sekadar usikan saja.
Apatah lagi Nazmi masih lagi bersekolah dan Neelofa juga masih menuntut di sebuah kolej. Pun begitu, hanya Neelofa dan Nazmi saja yang boleh memberikan jawapan yang pasti.

Apapun, Murai Batu harap, Nazmi boleh terus mempamerkan permainan yang hebat. Tidak kisahlah apa juga orang nak kata, yang penting Nazmi dan kawan-kawannya terus berjaya mengharumkan nama negara.

hangbola - Belum pape dah kena gossip. Terror sikit je main bola terus kena gossip. Dengan artis plak tu. Tapi kalau betul, cayalah Nazmi. Neelofa tu. Aku harap tak ada la gossip-gossip liar yang boleh menghilangkan fokus Nazmi untuk menjadi pemain bolasepak yang lebih maju dan mantap di masa hadapan. Dah macam EPL la pulak..

Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh 2011


Penjaga Gol Terbaik : 
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)



Pertahanan Terbaik :
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan) 



Pemain Tengah Terbaik :
Safiq Rahim (Selangor)



Penyerang Terbaik :
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Muda Terbaik :
Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)



Jurulatih Terbaik :
Irfan Bakti (Terengganu)



Pemain Paling Bernilai Supermokh :
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)



Tahniah kepada Mat Yo yang baru ditabalkan selaku Pemain Paling Bernilai Supermokh 2011. Norshahrul Idlan Talaha merupakan seorang penggempur berbisa yang mempunyai skill individu yang tinggi dan merupakan pemain tonggak skuad Kelantan dan juga harimau malaya. 

Tahniah juga kepada para pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011. Diharapkan anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus berusaha memertabatkan bolasepak negara. Tahniah!!!




Tuesday 29 November 2011

Marlon Dan Nelson Sah Tidak Sertai Kedah - Wan Jamak

Impian peminat pasukan bola sepak Kedah untuk melihat kelibat dua pemain import yang pernah menyarung jersi hijau kuning, Marlon Alex James dan Nelson San Martin tidak kesampaian apabila mereka disahkan tidak akan menyertai pasukan itu tahun depan.

Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kedua-duanya tidak dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan faktor umur dan kecederaan yang dialami berkemungkinan menyebabkan mereka tidak boleh bermain sepenuhnya pada semua perlawanan.

Marlon The Scoring Machine

"Umur mereka dah lebih 30 tahun, dengan kecederaan yang dialami sehingga mengambil masa satu hingga dua bulan untuk pulih nyata merugikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata jika pihak pengurusan mengambil dua pemain itu ia hanya akan membazirkan duit rakyat dan peminat kerana mungkin mereka tidak boleh beraksi bersama pasukan Kenari dalam semua perlawanan musim depan.

"Saya harap peminat lupakan Marlon dan Nelson kerana saya mahu pemain import yang akan bermain untuk kesemua 56 perlawanan tahun depan melibatkan piala AFC, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia," katanya.

Nelson The Genius Playmaker

Marlon, 35, dan Nelson, 31, yang menyertai Kedah pada 2006 hingga 2008 merupakan bekas tonggak utama yang membantu pasukan itu muncul juara tiga piala (Kejohanan Liga, Piala FA dan Piala Malaysia) dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Sementara itu, Wan Jamak turut mengakui lebih tertarik dengan tahap permainan yang ditunjukkan pemain tempatan berbanding import pada aksi persahabatan pasukan Kedah menentang pasukan pilihan import malam tadi.

Beliau berkata gaya permainan pemain tempatan nyata lebih menyerlah namun beberapa pemain import yang dikenalpasti akan diuji sekali lagi sebelum layak untuk menyertai pasukan Kenari itu.

"Kami ada satu lagi perlawanan penting bertemu dengan pasukan bola sepak dari Songkhla, Thailand esok dan di situlah kita akan ketahui pemain yang akan dipilih," katanya.

Antara nama pemain import yang disebut-sebut bakal menyertai pasukan Kedah tahun depan ialah Daniel Soares Neves yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Rio Claro, Brazil.

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi pasukan Liga Super Kedah mengalahkan pasukan pilihan import 3-1.

The Three Legend

Hangbola : Penyokong Hijau Kuning pasti akan mengingati dan mengenang Marlon dan Nelson sebagai " The Legend Of Double Treble" dan bakal dikenang sepanjang zaman. "Biar Jasa Jadi Kenangan" 

sumber : BERNAMA


Kemalangan Bas Mengorbankan 7 Pemain Bola Sepak Togo

7 orang pemain bola sepak Togo mati apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dan terbakar dalam perjalanan ke tempat perlawanan.

Sekurang-kurangnya tujuh pemain terbunuh dan 28 lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam gaung dan terbakar, semalam.


Kenyataan yang dikeluarkan menerusi televisyen negara itu, kerajaan berkata, Presiden, Faure Gnassingbe mengarahkan pemain kelab Etoile dibawa ke Hospital Lome Central bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, kumpulan yang diketuai Menteri Sukan, Christophe Tchao bergegas ke tempat kejadian dengan ambulans bagi mengeluarkan mereka yang cedera.

Kemalangan berlaku dekat bandar Atakpame, kira-kira 160 kilometer utara Lome, ketiba kelab itu dalam perjalanan ke bandar kedua terbesar Togo, Sokode untuk beraksi menentang kelab Semassi hari ini.

Antara yang mati dalam kemalangan bas ni, merupakan pemain kebangsaan bola sepak Togo. Semoga rakyat Togo tabah dengan musibah yang menimpa mereka. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

 sumber : melayukini


Monday 28 November 2011

Harimau Muda Malukan Negara??



Malu ke??kalah 10-0??tak melawan ke??2 gol tu sape yang score??sayur ke harimau muda??






Untuk kosmo yang mungkin terlupa..









Wales Manager Gary Speed ditemui mati di rumah



Berita tergempar!!. Persatuan Bolasepak Wales mengesahkan laporan bahawa pengurus Wales Gary Speed telah ditemui mati tegantung di rumah oleh isterinya. Punca kematian adalah bunuh diri dan tiada keadaan yang mencurigakan terjadi di lokasi kejadian. 

Bekas bintang Leeds, Newcastle, Everton dan Bolton yang kini berusia 42 tahun bersara sebagai pemain pada May 2010 dan mengambil alih jawatan pengurus Wales pada Disember tahun lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri Louise dan dua orang anak lelaki berusia 13 dan 14.


VIDEO : Gol Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli



Kelayakan Olimpik : Malaysia 2 - 3 Bahrain "Robohkan Midfield Malaysia"


"Robohkan midfield Malaysia". Mungkin ini adalah taktik Bahrain untuk separuh masa ke dua? Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan harimau muda terletak di bahagian tengah. Jelas sekali Malaysia menguasai bahagian tengah dengan gandingan Nazmi Faiz, Affizie dan Irfan Fazail sentiasa melancarkan serangan-serangan merbahaya dan juga memberi perlindungan kepada bahagian pertahanan dengan menyekat gerakan yang cuba diatur Bahrain.

Jurulatih Bahrain awal-awal lagi memberi amaran yang mereka akan mengawal pergerakan Nazmi Faiz yang mereka ramal akan mampu membuat sesuatu jika dibiarkan bebas. Namun begitu mereka gagal menyekat Nazmi Faiz apabila Nazmi dengan gerakan solo berjaya melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti. Jaringan "world class" dari Nazmi.

Harimau Muda berjaya menyumbat gol ke dua menerusi Mahali Jasuli pada separuh masa kedua. Kemudian bermulalah detik-detik malang harimau muda. Bahrain yang gagal menguasai bahagian tengah telah mengubah corak permainan menjadi lebih keras dan kasar terutama sekali kepada pemain-pemain tengah Malaysia. Mereka menggunakan kelebihan fizikal untuk mengasak pemain-pemain Harimau Muda dan Affizie menjadi mangsa yang pertama apabila dia diterjah keras oleh pemain Bahrain. Tapi Bahrain tak berapa nak bernasib baik sebab dapat 1 kad merah.

Asakan-asakan keras ala2 ragbi diteruskan oleh pak2 arab kepada pemain-pemain cute Harimau Muda. Akhirnya Nazmi Faiz dan Irfan Fazail mengalami kecederaan. Nazmi Faiz terpaksa dikeluarkan dan Irfan Fazail terus bermain dan tak dapat ditukar sebab OKS dah buat 3 pertukaran. Maka patahlah taring harimau muda selepas robohnya bahagian midfield. Pemain-pemain gantian jelas tak mampu beraksi dengan baik. Bahrain dengan mudah menguasai permainan dan menjaringkan 3 gol.

Mungkin ada yang sedih, kecewa, macam tak percaya Bahrain dengan 10 pemain berjaya menjaringkan 3 gol??tapi sedar tak sebenarnya kita juga hanya beraksi dengan 10 pemain apabila Irfan hanya mampu menjadi penumpang di padang selepas mengalami kecederaan. Yang lebih parah bahagian tengah sudah tidak mampu menjana serangan dan melindungi bahagian pertahanan dengan baik. Bahagian pertahanan mula tertekan dan tak mampu lagi menahan asakan bertubi-tubi oleh Bahrain dan akhirnya kita terpaksa berputih mata dan kempunan mengutip 3 mata yang pertama.

Harimau muda harus bangkit selepas ini dan jadikan apa yang terjadi malam ini sebagai pengalaman dan pengajaran yang paling berguna untuk terus mengaum di masa hadapan. Semua pemain harus fokus sehingga ke wisel penamat dan pemain-pemain gantian yang dimasukkan perlu sentiasa bersedia untuk memberi aksi yang terbaik apabila khidmatnya diperlukan.

Jika dipandang dari sudut positif, peningkatan ketara telah dipamerkan oleh skuad harimau muda. Kita telah berjaya menandingi pasukan-pasukan dari asia barat dan bukan lagi menjadi pasukan yang mudah ditewaskan. Kita menguasai permainan dengan baik, mengasak pertahanan lawan dan menyekat serangan lawan cuma faktor kecergasan sahaja yang menghalang harimau muda mencatat kemenangan.

Peluang untuk layak ke Olimpik pasti agak sukar, cuma apa yang aku harapkan harimau muda dapat bangkit dan memberi aksi yang terbaik untuk baki 3 perlawanan nanti dan membuktikan kita bukan sahaja jaguh di Asia Tenggara tapi kita sudah bersedia untuk bersaing di peringkat tertinggi Asia.




Sunday 27 November 2011

VIDEO : Perlawanan Pra Musim Kelantan 4 - 2 ATM FC

Jaringan hattrik dari pemain import baru Kelantan Danny Antwi. Bahaya jugak permata hitam baru TRW ni. Skill ada, kepantasan pun ada. Kombinasi Antwi dan Norshahrul Idlan Talaha pasti akan menggegar barisan pertahanan pihak lawan.


kredit : kelate.net




Saturday 26 November 2011

Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011

Siapakah bakal menggondol Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh yang julung kalinya dipertandingkan bermula tahun ini? Pemenang pastinya merupakan bakal legenda bolasepak Malaysia persis Supermokh. Kita tunggu 30 November ini.





Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN) - pilihan hangbola
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)


Pertahanan terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN) - pilihan hangbola


Pemain tengah terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR) - pilihan hangbola
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)


Penyerang terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN) - pilihan hangbola
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)


Jurulatih terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU) - pilihan hangbola
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)


Pemain muda terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A) - pilihan hangbola
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)


Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN) - pilihan hangbola
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR) 











SAH!! Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hai-O, Irwan Fadzly Dan Rezal Zambrey Masuk Tentera


ATM a.k.a Angkatan Tentera Malaysia pasukan yang akan bersaing di Liga Perdana pastinya akan menjadi tumpuan peminat bolasepak di Malaysia. Selepas mendapatkan Sathianathan sebagai ketua jurulatih, kini terbaru 5 pemain berprofil tinggi bakal menyarung jersi ATM musim depan.


4 pemain tonggak N.Sembilan, pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Hairudin Omar, Irwan Fadzly dan bekas pemain N.Sembilan Rezal Zambrey sah sertai ATM. Dan mungkin ramai lagi pemain-pemain yang berkualiti akan menyertai ATM.

Tidak mustahil ATM adalah calon juara liga perdana musim 2012 dan bakal menjadi salah satu pasukan elit di Malaysia.

Kapten Emas Baddrol Bakhtiar Kekal Bersama Kedah


Kapten skuad sukan SEA, Badrol Bakhtiar akan kekal bersama Kedah untuk musim 2012 apabila menolak tawaran gaji lumayan dari Sabah untuk mendapatkan khidmat beliau. Sabah juga sanggup menebus baki kontrak setahun Bad di Kedah. Baddrol masih ingin bersama Kedah dan berpuas hati dengan gaji  semasa yang dibayar KFA kepadanya.

Baddrol memberi kenyataan yang dia tidak bermain bolasepak untuk duit semata-mata, tetapi dia main atas nama rakyat negeri Kedah Darulaman. Mungkinkah calon kapten pasukan Hijau Kuning musim depan??

Thursday 24 November 2011

VIDEO : Gol Final Sukan Sea 2011, Malaysia 1 - Indonesia 1 (pen : 4-3)





Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 0 - Syria 2


Apa yang aku dapat simpulkan untuk game semalam, Harimau masih lagi keletihan selepas 120 minit bertarung dengan garuda. Tempoh 48 jam tidak cukup untuk kembalikan kekuatan dan kegarangan harimau. Mereka tidak dapat mempamerkan aksi sebenar tanpa pemain-pemain tonggak harimau muda yang tidak dapat beraksi semalam seperti Irfan Fazail, Fadhli Shaas, Syahrul Azwari, Izzaq Faris, Wan Zaharul Nizam dan Gary Steven Robart.

Namun begitu, aku tetap nak bagi kredit dekat harimau muda sebab mereka dapat menandingi dan bersaing dengan Syria malah mereka lebih baik dari Syria terutama sekali di separuh masa pertama. Serangan-serangan harimau muda nampak lebih berbahaya dan tersusun. Mereka mempelbagaikan corak serangan dengan hantaran-hantaran pendek yang pantas bermula dari bahagian tengah, kadang-kadang menggunakan sayap dan juga hantaran-hantaran lintang yang bahaya. Harimau muda mendapat beberapa peluang namun tidak berjaya disudahkan dengan baik.

Barisan pertahanan juga beraksi dengan baik menyekat penyerang-penyerang Syria masuk ke kawasan kotak penalti Malaysia. Mereka hanya mampu melakukan rembatan-rembatan dari luar kotak penalti dan dengan mudah ditepis Khairul Fahmi.

Malangnya, harimau muda hanya mampu bertahan untuk 45 minit. Di separuh masa ke dua tempo permainan harimau muda menjadi perlahan dan Syria mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan. Keletihan jelas sekali terpancar di muka pemain-pemain Malaysia. Akhirnya Syria berjaya merobek pintu gol harimau muda sebanyak 2 kali.

Aku rasa kalau semua pemain cergas dan bebas dari kecederaan tidak mustahil harimau muda dapat tewaskan Syria semalam. Peluang masih ada, misi wajib menang menentang Bahrain di Bukit Jalil Ahad ini. Ayuh harimau muda. Kumpulkan kembali tenaga dan kekuatanmu, terus mengganas membaham mangsamu.



“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.



Wednesday 23 November 2011

Fakri Saarani Memohon Maaf Secara Peribadi Kepada Rakyat Malaysia Di Twitter


Prestasi buruk yang dipamerkan Fakri di Sea Game membuatkan beliau dikutuk dan dikecam oleh peminat-peminat bolasepak Malaysia. Walaupun Fakri adalah wira ketika jaringan tunggalnya yang membawa Malaysia ke final, namun prestasi kesuluruhan Fakri di sepanjang kejohanan adalah sangat mengecewakan. Terutama sekali aksinya ketika di final di mana Fakri gagal menyempurnakan sepakan penalti.


Fakri memohon maaf di twitter




Ong Kim Swee Mendedahkan Ucapan Semangatnya Kepada Pemain di Perlawanan Akhir


Kata-kata yang telah menaikkan semangat pemain dan rakyat Malaysia. Ayuh kita pegang kata-kata ini.


"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about" - Ong Kim Swee.


"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia.."- Ong Kim Swee



Tuesday 22 November 2011

Misi Tercapai. Pingat Emas Milik Harimau Muda.

TAHNIAH!!TAHNIAH!!TAHNIAH!!Tahniah Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan raja segala pingat iaitu pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea tahun ini. Yang lebih manis kita berjaya menumpaskan Sang Garuda di sarangnya sendiri dan mengecewakan 100 ribu penyokong fanatik yang tidak tahu menghormati lagu kebangsaan kita. Tidak perlu kita membalas provokasi mereka dengan provokasi, tetapi kita membalas provokasi mereka ini dengan kemenangan.


PUAS!!dengan segala dugaan dan provokasi yang dilontarkan oleh tuan rumah terhadap skuad Harimau Muda mereka masih mampu bertahan dan berjuang habis-habisan demi Malaysia. Bayangkanlah bagaimana kentalnya Harimau Muda ketika berhadapan dengan skuad yang kononnya terbaik dan bersemangat tinggi dibantu oleh penyokong fanatik di gelanggang keramat mereka Gelora Bung Karno.

Garuda pastinya kecewa selepas mereka dilihat begitu yakin untuk merebahkan harimau untuk mendapatkan pingat emas yang mereka menangi kali terakhir pada tahun 1991 di Manila. Kekuatan mental pemain-pemain Harimau Muda adalah kunci kepada kejayaan kali ini. Mereka jelas sekali tidak terganggu dengan provokasi-provokasi oleh pihak lawan dan juga penyokong.Pada aku, provokasi-provokasi inilah yang banyak membantu meningkatkan moral pemain-pemain kita untuk beraksi dengan lebih bersemangat.

Sebenarnya kita mengalami banyak kekurangan ketika beraksi di final, apabila ramai pemain-pemain utama kita mengalami kecederaan. Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul Azwari terpaksa diketepikan sehingga memaksa OKS meletakkan Asraruddin bermain di sayap kiri manakala tempatnya diambilalih oleh Zubir Azmi. Namun begitu, Zubir mempamerkan aksi yang terbaek walaupun pertama kali diturunkan oleh OKS dengan berjaya menyekat pergerakan pemain sayap lincah Indonesia Andik.

Tidak ada pemain terbaek untuk aku tabalkan pada perlawanan akhir ini kerana bagi aku semua pemain Harimau Muda adalah yang terbaik. Cuma aksi Fakri Saarani sedikit mengecewakan kerana dia gagal menjalankan tugasnya sebagai pemain penyerang untuk menjaringkan gol apabila banyak mempersiakan peluang-peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan yang paling mengecewakan sekali adalah apabila dia gagal menyempurnakan sepakan penalti. Bagi aku Fakri adalah antara penyerang muda yang terbaik di Malaysia dan aku mengharapkan Fakri dapat kembali ke prestasi asalnya dan tidak perlulah kita menggelarnya "kepala bana" seperti sesetengah pihak.

Sebenarnya skuad Harimau Muda ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan pasukan lain. Kita mempunyai jentera tengah yang mantap dan juga kreatif. Baddrol, Irfan, Gurusamy, Nazmi, Wan Zaharulnizam dan Fandi memainkan peranan yang baik di sepanjang kejohanan.Mereka bijak menguasai bahagian tengah dengan corak hantaran pendek dan juga melakukan umpanan-umpanan yang baik untuk disudahkan oleh penyerang.

Kita juga mempunyai bahagian pertahanan yang kebal yang mampu mengekang serangan-serangan pantas pihak lawan. Mereka dilihat lebih tenang dan tersusun ketika bertahan sambil dibantu oleh ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi. Apek sentiasa tidak mengecewakan kita dengan aksi-aksi luar biasanya ketika menyelamatkan gawang dari dibolosi pihak lawan. Tapi yang menjadi sedikit kekurangan untuk skuad Harimau Muda ini adalah di bahagian serangan.

Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai seorang penggempur persis Safee Sali di bahagian serangan. Menang besar rasanya di final semalam. Tapi aku yakin dengan kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh Syahrul Azwari. Penyerang berusia 18 tahun ini mempunyai kepantasan dan sentiasa mampu memecah benteng pertahanan lawan dan jika digilap lagi bakatnya pasti boleh menjadi penyerang sehebat Safee Sali satu hari nanti.

Pemain yang paling mencuri perhatian aku adalah Nazmi Faiz Mansor. Baru berusia 17 tahun tetapi corak permainannya begitu matang dan mempunyai teknik yang tinggi. Nazmi bijak mengawal bahagian tengah dengan menggunakan kelebihannya ketika mengawal bola, dengan mudah melepasi kawalan pihak lawan dan membuat hantaran-hantaran yang tepat kepada rakan-rakan. Tidak terlebih rasanya jika aku nak melabelkan Nazmi Faiz ini sebagai "harimau wonder kid". Dan jeneral Harimau Malaya di masa hadapan.

Tahniah juga kepada kapten Baddrol Bakhtiar yang sentiasa memberi inspirasi kepada pemain-pemain lain dengan memerah keringatnya beraksi lebih dari 100% pada setiap perlawanan.Dan tidak dinafikan Baddrol merupakan nadi utama skuad Harimau Muda. Kebijaksanaan Ong Kim Swee dalam membentuk skuad muda ini dan kepintarannya dalam mengatur strategi juga harus diberikan kredit. Diharapkan Ong Kim Swee dapat meneruskan kecemerlangannya untuk membentuk pemain-pemain muda yang merupakan pelapis yang bakal memperkasakan lagi skuad Harimau Malaya.


Misi untuk mempertahankan emas bolasepak Sukan Sea sudah pun berjaya direalisasikan oleh skuad muda ini. Rintangan seterusnya adalah kelayakan olimpik. Skuad Harimau Muda bakal melayan kunjungan Syria dan Bahrain di Kuala Lumpur. Diharapkan momentum kemenangan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi untuk skuad Harimau Muda beraksi dengan lebih baik dan tidak mustahil untuk kita tumbangkan pasukan-pasukan gergasi Asia ini. 

Selamanya Harimau Malaya!!!

Saturday 19 November 2011

VIDEO : Gol Separuh Akhir Sukan Sea 2011, Malaysia 1 - Myanmar 0

Gol tunggal Malaysia jaringan Fakri minit ke 84 membawa Malaysia ke final untuk mempertahankan pingat emas.



Thursday 17 November 2011

VIDEO : GARUDA MUDA DITERKAM, DIBAHAM DAN DIRATAH HARIMAU MUDA



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!! GELORA BUNG KARNO DIREDAH, GARUDA DITERKAM, DIBAHAM DAN DIRATAH!!! 1-0 JE..ADA AKU KISAH?? MISI SETERUSNYA TUMBANGKAN MYANMAR DI SEPARUH AKHIR..JUMPA LAGI INDONESIA, MUNGKIN DI FINAL??INDONESIA KE FINAL??? 


Gol tunggal Syahrul Azwari menjulang Harimau Muda di Bung Karno..




SAH!!Brendan Gan Dan Michael Baird Milik Sabah



Majlis menandatangani kontrak dan penyerahan jersey sambil dihadiri oleh beberapa pegawai SAFA termasuk coach JG, agent kepada Brendan dan Michael, Scott Ollerenshaw dan pembantu pengurus pasukan. Tahniah Sabah!!Antara pasukan yang mempunyai pengurusan yang cekap dan serius untuk menghadapi Liga Malaysia 2012.

photo kredit : facebook sabahawks


VIDEO : Harimau Malaya Rebah di bumi India, Super Safee Tetap Berbisa.



KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN:

                                                                  
3 - 2

Gol pertama India jaringan Sunil Chetri

Gerakan cantik Malaysia disudahkan Safee sali untuk gol penyamaan

Gol ke 2 India jaringan JeJe

Gol ke 3 India sekali lagi dari Chetri.

Safee Sali menjaringkan gol ke 2 Malaysia.



Tuesday 15 November 2011

Selangor Dalam Proses Memancing Bintang Ensem Indonesia Irfan Bachdim.

Selangor khabarnya dalam proses untuk memancing bintang ensem Indonesia Irfan Bachdim. Pasti ia adalah strategi sambil menyelam minum air FAS, disamping memantapkan pasukan dengan mendapatkan import yang berkualiti, nilai komersial pemain juga diharapkan untuk menarik lebih ramai penonton ke Stadium. 


Irfan Bachdim yang "ganteng banget" disamping mempunyai kualiti tinggi selaku pemain tengah skuad garuda pastinya dapat menarik ramai penonton ke stadium terutama sekali "bapak2 dan ibu2 yang ada di sini"...seperti yang pernah berlaku ketika Selangor diwakili oleh Bambang Pemungkas dan Ellie Aboy dari Indonesia. Masa tu gang2 indon dah dekat sama ramai dengan orang Selangor di stadium.


Seorang lagi pemain import yang dikaitkan dengan Selangor adalah pemain pertahanan kebangsaan Lebanon Ramez Bayoub. Ramez merupakan ketua pasukan kebangsaan Lebanon yang kini sedang bersaing di kelayakan Piala Dunia 2014 mempunyai fizikal yang sasa pasti menguatkan lagi barisan pertahanan Selangor. 


Monday 14 November 2011

Malaysia Dan India Sama Gagah.



1-1

SALAM 4-1....Langkah bergaya diteruskan Harimau Muda semalam selepas membelasah Kemboja 4-1..Perjuangan bakal diteruskan menentang Garuda Muda di Gelora Bung Karno Khamis ini. Tapi hari ini bukan nak cerita pasal perlawanan yang dijangka hebat antara 2 musuh tradisi, tapi nak cerita pasal siri perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang skuad India.

Harimau Malaya berjaya mengikat India 1-1 di Stadium Gandhi Athletic hasil jaringan Safiq Rahim untuk Malaysia dan Syed Rahim Nabi menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan. India yang dibimbing oleh jurulatih baru Savio Madeira merencanakan taktik 4-4-2 pada perlawanan ini.

Pemain bintang mereka Sunil Chhetri berganding dengan Joaquim Abranches mengetuai jentera serangan. Manakala Safee Sali hanya bermula di bangku simpanan disebabkan oleh masalah kecergasan selepas tiba lewat ke India. Norhafiz Zamani Misbah diberi tanggungjawab oleh Rajagobal mengetuai skuad Harimau Malaya manakala Safiq Rahim bertindak sebagai jeneral di bahagian tengah.

India lebih menguasai permainan pada awal babak pertama tetapi gagal memecah kubu pertahanan mantap Malaysia. India mendapat peluang pertama untuk merobek gawang Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias apabila Sunil Chhetri yang dikaitkan dengan kelab Glasgow Rangers di Scotland menanduk liar hasil hantaran lintang  Steven Dias dari bahagian sayap kanan.

Malaysia meningkatkan tempo permainan dan pada minit ke 33 Abdul Hadi Yahaya mendapat peluang menjaringkan gol tetapi digagalkan oleh Karanjit. Seminit selepas itu, Hadi Yahaya mendapat  satu lagi peluang apabila dia berjaya memperdaya bahagian pertahanan India tetapi sekali lagi digagalkan oleh ketangkasan Karanjit.

Malaysia yang terus menekan India akhirnya berjaya menghasilkan gol pada minit 41menerusi Safiq Rahim. Safiq Rahim berjaya menyudahkan gerakan through pass selepas membuat larian bijak dari bahagian tengah. Jaringan cantik Safiq Rahim mendapat tepukan gemuruh 20,000 penyokong yang berada di Guwhati Stadium. 

Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan tempo yang perlahan oleh kedua2 pasukan dan tiada cubaan ke arah pintu gol pada 10 minit pertama. Madeira membuat beberapa pertukaran untuk cuba menggempur bahagian pertahanan Malaysia. Walaupun Madeira membawa masuk ramai pemain baru, namun mereka masih gagal untuk masuk ke dalam kotak penalti Malaysia untuk menghasilkan jaringan. Malaysia pula dilihat semakin garang selepas kemasukan Safee Sali yang berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan India. 

India akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit 87 menerusi tandukan Syed Rahim Nabi hasil dari sepakan sudut. Selepas jaringan itu India semakin bersemangat untuk mencari gol kemenangan namun begitu digagalkan oleh benteng kental pasukan Malaysia. 

Kedua-dua pasukan bakal berentap lagi di Salt Lake Stadium pada 16 November nanti. 



Thursday 10 November 2011

Sukan Sea 2011 : Harimau Muda "tokak" gajah muda.

2-1

Harimau muda "tokak" gajah muda?tokak dalam loghat Kedah, maksudnya gigit atau baham..gajah muda??aku belasah jer tu..Pasti 1 Malaysia kini sedang bergembira dan lega dengan kemenangan skuad harimau muda ke atas pasukan paling banyak dapat emas bolasepak Sukan Sea iaitu Thailand. 

Malaysia 100% MEMANG LAYAK MENANG. Kenapa??Peningkatan sangat ketara berbanding aksi ketika menentang skuad young lion. Kalau aksi ketika menentang Thailand dipamerkan ketika menentang Singapura aku yakin sedozen Singapura kena tiaw..

Wednesday 9 November 2011

Mampukah Malaysia Menjadi Kuasa Besar Bolasepak Di Asia??

GAGAL LAGI!!Mampukah Malaysia menjadi kuasa besar bolasepak di asia dalam masa 10 tahun akan datang?Jika prestasi semasa pasukan pelapis Malaysia diambilkira dan dinilai pasti jawabnya TIDAK!!Adakah Malaysia akan terus menjadi raja bolasepak di Asia Tenggara??jawapannya MERAGUKAN!!MENGAPA??

Pasukan pelapis bawah 16 tahun negara gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2012 apabila terkandas di peringkat kelayakan. Dibelasah China dan Korea Utara dan hanya mampu seri dengan Singapura. Masih jauh lagi jurang kita dengan pasukan2 elit di Asia seperti China dan Korea malah kita masih gagal menjarakkan jurang kita dengan pasukan Singapura.

Dan yang terbaru pasukan bawah 19 tahun negara juga terkandas di peringkat kelayakan Piala Asia U19 2012. Malaysia hanya mampu seri 0-0 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar yang mana kita memerlukan kemenangan untuk menempah tiket secara automatik ke Piala Asia U19 2012. Malaysia gagal mengalahkan Vietnam dengan hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0, dibelasah Korea Utara 4-1 dan cuma satu kemenangan sahaja yang mampu dicapai dengan menewaskan Laos 4-1. 

Jika prestasi sepanjang peringkat kelayakan diambilkira dapat disimpulkan bahagian pertahanan negara masih gagal mengekang penyerang2 dari pasukan yang hebat di Asia. Manakala bahagian tengah dan serangan masih kurang kreativiti dan ketajaman dalam mencipta gerakan dan menjaringkan gol. 

Mungkin ada yang beranggapan prestasi pasukan pelapis negara tidak menggambarkan standard bolasepak negara pada masa kini. Bukan kah pemain-pemain muda ini yang akan meneruskan kesinambungan prestasi pasukan negara?Yang lebih merisaukan skuad pelapis negara masih lagi di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia di peringkat Asia Tenggara.

Thailand dan Vietnam sudah mengesahkan tempat secara automatik ke Piala Asia U19 2012 dan Indonesia masih lagi berpeluang merebut dua tempat ketiga terbaik untuk layak ke peringkat akhir. Kita perlu risau dengan peningkatan ketara pasukan Thailand yang layak selaku juara kumpulan yang turut dihuni oleh gergasi Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun. Thailand layak dengan rekod sempurna iaitu tanpa kalah dan tanpa bolos. Thailand berjaya menundukkan Korea Selatan 1-0 dan mengikat Jepun 0-0 untuk layak selaku juara kumpulan manakala Jepun dan Korea Selatan masih perlu bertarung sesama sendiri untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir. Skuad senior mereka yang sedang beraksi di peringkat kelayakan Piala Dunia juga kini di landasan yang terbaik untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairan jika Thailand bakal menjadi gergasi Asia suatu hari nanti.

Bukan hendak menafikan dan tidak menghargai segala bentuk pembangunan bolasepak yang telah direncanakan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia. Tetapi adakah sistem yang kita ada sudah cukup bagus untuk pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi di Malaysia??Apa bezanya kita dan Thailand??Mampukah kita hasilkan sekurang kurangnya 11 pemain seperti Safee Sali?Perlu diingat jika petak acuannya maka petak la bentuknya jika bulat acuannya maka bulat lah bentuknya. 

Tuesday 8 November 2011

Kelantan Umum Senarai Pemain Musim 2012


Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah membuat pengumuman rasmi senarai pemain skuad The Red Warriors 2012 pagi tadi. Pengumuman tersebut dilaksanakan sendiri oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Menurut beliau pemain yang diumumkan adalah pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama Kelantan dan pada masa ini masih ada pemain yang masih dalam proses rundingan untuk menyertai Kelantan. 

Pemain yang kekal :


1.Mohd Shahrizan Ismail (penjaga Gol)
2.S.Subramaniam (Pertahanan)
3.Nik M Shahrul Azim (Pertahanan)
4.Mohd Farisham Ismail (Pertahanan)
5.Mohd Ramzul Zahini (Penyerang)
6.Mohd Shakir Shaari (Tengah)
7.Nor Shahrul Idlan Talaha (Penyerang)
8.Mohd AB Aziz Ismail (Pertahanan)
9.Nurul Azwan Roya (Tengah/Sayap)
10.Mohd Zamri Ramli (Pertahanan/Sayap)
11.Daudsu Jamaluddin (Pertahanan)
12.Badhri Radzi (tengah)
13.Rizal Fahmi Rosid (Pertahanan)
14.Apek (Penjaga Gol)
15.Syazwan Yusof (Penjaga Gol)
16.S.Chantturu (penyerang/Sayap)
17.Zairul Fitrie Ishak (Pertahanan)
18.Mohd Izuan Salehuddin (Penyerang/Sayap)
19.Khairul Izuan Rosli (Tengah/Sayap)
20.Aris Zaidi (Penyerang)

Pemain baru tempatan :

1.Azizi Mat Rose (pertahanan) - T-Team
2.Nor Farhan Mohammad (Penyerang) - T-Team
3.Indera Putra Mahyuddin (Tengah/Sayap) - T-Team
4.Azlan Ismail (penyerang) - Kedah

Pemain Import :

1.Okine Emannuel *Pemain Import* (Tengah) - Ghana
2.Danny Antwi *Pemain Import* (Penyerang) - Ghana
3.Pemain Import 1 *Namam belum dapat di pastikan* (Tengah)
4.Mohd Ghaddar *Pemain Import*  (penyerang) - Lebanon


Pertandingan Komen Terbanyak Dan Menangi Hadiah Di Hangbola

Saya admin blog Hangbola menjemput para pembaca dan pengikut setia blog ini untuk memenangi hadiah istimewa daripada hangbola. Ini adalah kali pertama hangbola menganjurkan pertandingan komen terbanyak dan diharapkan pertandingan ini akan diteruskan jika mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para blogger.

Syarat-syarat penyertaan pertandingan komen :
1. Anda dikehendaki klik LIKE pada facebook fanpage hangbola di bahagian kanan blog ini.
2. Anda dikehendaki klik LIKE pada BUTTON LIKE di penjuru kiri wall post ini.
3. Pastikan komen anda melebihi 3 patah perkataan.

Hadiah untuk pemenang :
Pengomen yang berada di ranking teratas bakal memenangi sehelai jersi gred super A. Pemenang boleh menentukan sendiri jersi yang diminati. Bebas memilih jersi kelab atau negara, lengan pendek atau lengan panjang.

Tempoh Pertandingan :
Pertandingan akan bermula dari 8 November 2011 sehingga 30 Disember 2011. Jika mendapat sambutan pertandingan akan diteruskan pada masa hadapan.

Camne nak tentukan pemenang :
Pemenang akan ditentukan menerusi komen yang terbanyak (jumlah komen sekurang2nya 50). Hangbola akan menggunakan plugin Top Commentator.Anda boleh lihat ranking terkini di bahagian Pengomen Terhandal di bahagian kanan blog ini. Pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2012. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...