Monday 7 November 2011

Gossip Perpindahan Pemain Liga Super 2012 : 4 Pemain Sah Sertai The Red Warriors 2012

EMPAT(4) PEMAIN SUDAH SAH


NORFARHAN, INDRA PUTRA, AZIZI MAT ROSE : (SAH)

Trio T-Team, Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahyudin dan Azizi Mat Rose merupakan antara bintang yang akan menyertai "Super Warriors" untuk musim 2012. Ketiga pemain ini dikhabarkan sudah bersetuju untuk menyarung jersi The Red Warriors untuk musim hadapan dan sudah pun tiba di Kota Bharu untuk menjalani latihan tidak lama lagi.

Dengan kembalinya tiga bintang ini yang juga pernah mewarnai bola sepak Kelantan suatu ketika dahulu, pasukan Kelantan dilihat cukup bersedia untuk mencabar semua kejuaraan yang dipertandingkan pada musim hadapan. Gandingan Norfarhan, Indra Putra dan Azizi Mat Rose pernah menjulang Kelantan sebagai juara Piala Malaysia buat pertama kalinya pada musim 2010 sebelum perpindahan "kontroversi" mereka ke T-Team selepas itu.

Lebih menarik, Norfarhan dan Indra Putra merupakan pemain tonggak yang pernah bermain dibawah bimbingan jurulatih Peter James Butler pada tahun 2009. Jurulatih itu kini turut kembali menyertai pasukan The Red Warriors. Diharap dengan kehadiran semula 3 pemain ini, dapat membantu Kelantan untuk meraih kejayaan pada musim 2012.


AZLAN ISMAIL : (SAH)

Selain dari 3 pemain ini, bekas penyerang Kelantan pada tahun 2005, Azlan Ismail turut kembali bersama pasukan Kelantan selepas 6 tahun mewakili pasukan lain. Selepas berhijrah dari Kelantan, Azlan bermain untuk Perlis pada musim 2006-2007 sebelum berhijrah ke PDRM pada 2008. Pada tahun 2009, sekali lagi penyerang itu berpindah pasukan dengan mimilih pasukan berjiran, Terengganu sebelum menyarung jersi Kedah pada musim 2010-2011. Pemain ini jugak pernah menyarung jersi Malaysia sekitar tahun 2007.

Kehadiran Azlan Ismail bersama "Trio" hampir melengkapkan barisan "Super Warriors" yang diidamkan untuk musim 2012. Namun ianya belum cukup memandangkan The Red Warriors masih memiliki beberapa koata pemain tempatan yang masih belum diisi. Siapakah "Super Warriors" seterusnya bakal diikat The Red Warriors 2012?

RUMORS TRANSFER

NORAZLAN RAZALI : (BELUM SAH)

Kelantan dijangka akan mengikat seorang penjaga gol untuk mengisi slot yang ditinggalkan oleh Norhadi Ubaidillah yang dilepaskan dan juga Halim Napi yang bersara. Nama penjaga gol muda Kuala Lumpur, Norazlan Razali dilihat sebagai calon utama bakal dipancing untuk menyertai "Super Warriors" 2012. Pergolakan pasukan Kuala Lumpur yang kita menghadapi kemungkinan tersingkir ke Liga Perdana 2012 memungkinkan penjaga gol itu menyertai The Red Warriors untuk musim depan.


SAFIQ RAHIM & AMIRULHADI ZAINAL : (BELUM SAH)

Keinginan Kelantan mendapatkan khidmat Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal untuk melengkapkan barisan "Super Warriors" dilihat cukup tipis selepas kedua pemain itu dikhabarkan mendapat "counter offer" yang lebih baik dari Selangor berbanding apa yang ditawarkan oleh pasukan Kelantan menyebabkan kedua pemain ini membuat pusingan U-Turn. Safiq menerusi satu akhbar tempatan menyatakan masih sayangkan pasukan Selangor walaupun kedua pemain itu masih belum menandatangani kontrak baru bersama pasukan Selangor. Beliau juga menyatakan masih belum memilih pasukan yang mahu disertai musim depan tetapi membayangkan bahawa beliau dan Amirulhadi bakal beraksi bersama. Kemana hala tuju mereka?


ZAMRI MORSIDI : (BELUM SAH)

Ketua pasukan Sarawak, Zamri Morsidi merupakan pemain terbaru dalam "transfers rumors" pasukan The Red Warriors. Pemain yang beraksi di posisi penyerang ini mungkin dibawa ke Kota Bharu memandangkan Azlan Ismail masih belum pulih dari kecederaan dan hanya dijangka boleh beraksi pada bulan March. Dan kehilangan Nizad Ayub yang minta dilepaskan juga mungkin menjadi salah satu faktor Kelantan cuba mendapatkan pemain ini.


EZRIE SHAFIZIE : (BELUM SAH)

Pemain tengah ini pernah menyarung jersi The Red Warriors sekitar 2009 dibawah bimbingan Peter James Butler. Setelah Kelantan dilihat tipis untuk mendapatkan ketua pasukan negara, Safiq Rahim, Ezrie Shafizie dilihat pemain yang tepat untuk mengisi koata itu. Pemain ini pernah bermain di Final Piala FA 2009 dan merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol penalti yang menyaksikan Kelantan tewas di Final itu.


PEMAIN IMPORT

DENNY ANTWI : (HAMPIR SAH)

Penyerang Import dari Ghana ini dikatakan merupakan pilihan utama untuk menempah salah satu koata pemain import The Red Warriors 2012. Komitmen dan kesungguhan pemain ini ketika menjalani sesi pemilihan bersama pasukan memungkinkan beliau untuk terpilih. Beliau dijangka akan menjadi pilihan Peter James Butler untuk digandingankan dengan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.


EMMENUEL OKINE :

Pemain ini merupakan rakan senegara Denny Antwi yang turut sama-sama menjalani sesi pemilihan. Pemain ini merupakan pemain pertahanan tengah, namun beliau juga boleh bermain selaku pemain tengah bertahan. Walaupun Kelantan dilihat lebih menumpukan untuk memantapkan jentera tengah dan serangan, pemain ini masih lagi berpeluang untuk mengisi satu lagi slot pemain import The Red Warriors memandangkan komitmen yang ditunjukkan beliau.


PENGUMUMAN RASMI SENARAI PEMAIN TRW 2012 :

Tarikh : 8hb November 2011 (Selasa)
Masa : 10 pagi.
Tempat : TRW Cafe
Oleh : Tan Sri Annuar Musa


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...