Showing posts with label perpindahan pemain liga super. Show all posts
Showing posts with label perpindahan pemain liga super. Show all posts

Tuesday, 29 November 2011

Marlon Dan Nelson Sah Tidak Sertai Kedah - Wan Jamak

Impian peminat pasukan bola sepak Kedah untuk melihat kelibat dua pemain import yang pernah menyarung jersi hijau kuning, Marlon Alex James dan Nelson San Martin tidak kesampaian apabila mereka disahkan tidak akan menyertai pasukan itu tahun depan.

Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kedua-duanya tidak dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan faktor umur dan kecederaan yang dialami berkemungkinan menyebabkan mereka tidak boleh bermain sepenuhnya pada semua perlawanan.

Marlon The Scoring Machine

"Umur mereka dah lebih 30 tahun, dengan kecederaan yang dialami sehingga mengambil masa satu hingga dua bulan untuk pulih nyata merugikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata jika pihak pengurusan mengambil dua pemain itu ia hanya akan membazirkan duit rakyat dan peminat kerana mungkin mereka tidak boleh beraksi bersama pasukan Kenari dalam semua perlawanan musim depan.

"Saya harap peminat lupakan Marlon dan Nelson kerana saya mahu pemain import yang akan bermain untuk kesemua 56 perlawanan tahun depan melibatkan piala AFC, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia," katanya.

Nelson The Genius Playmaker

Marlon, 35, dan Nelson, 31, yang menyertai Kedah pada 2006 hingga 2008 merupakan bekas tonggak utama yang membantu pasukan itu muncul juara tiga piala (Kejohanan Liga, Piala FA dan Piala Malaysia) dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Sementara itu, Wan Jamak turut mengakui lebih tertarik dengan tahap permainan yang ditunjukkan pemain tempatan berbanding import pada aksi persahabatan pasukan Kedah menentang pasukan pilihan import malam tadi.

Beliau berkata gaya permainan pemain tempatan nyata lebih menyerlah namun beberapa pemain import yang dikenalpasti akan diuji sekali lagi sebelum layak untuk menyertai pasukan Kenari itu.

"Kami ada satu lagi perlawanan penting bertemu dengan pasukan bola sepak dari Songkhla, Thailand esok dan di situlah kita akan ketahui pemain yang akan dipilih," katanya.

Antara nama pemain import yang disebut-sebut bakal menyertai pasukan Kedah tahun depan ialah Daniel Soares Neves yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Rio Claro, Brazil.

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi pasukan Liga Super Kedah mengalahkan pasukan pilihan import 3-1.

The Three Legend

Hangbola : Penyokong Hijau Kuning pasti akan mengingati dan mengenang Marlon dan Nelson sebagai " The Legend Of Double Treble" dan bakal dikenang sepanjang zaman. "Biar Jasa Jadi Kenangan" 

sumber : BERNAMA


Saturday, 26 November 2011

SAH!! Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hai-O, Irwan Fadzly Dan Rezal Zambrey Masuk Tentera


ATM a.k.a Angkatan Tentera Malaysia pasukan yang akan bersaing di Liga Perdana pastinya akan menjadi tumpuan peminat bolasepak di Malaysia. Selepas mendapatkan Sathianathan sebagai ketua jurulatih, kini terbaru 5 pemain berprofil tinggi bakal menyarung jersi ATM musim depan.


4 pemain tonggak N.Sembilan, pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Hairudin Omar, Irwan Fadzly dan bekas pemain N.Sembilan Rezal Zambrey sah sertai ATM. Dan mungkin ramai lagi pemain-pemain yang berkualiti akan menyertai ATM.

Tidak mustahil ATM adalah calon juara liga perdana musim 2012 dan bakal menjadi salah satu pasukan elit di Malaysia.

Kapten Emas Baddrol Bakhtiar Kekal Bersama Kedah


Kapten skuad sukan SEA, Badrol Bakhtiar akan kekal bersama Kedah untuk musim 2012 apabila menolak tawaran gaji lumayan dari Sabah untuk mendapatkan khidmat beliau. Sabah juga sanggup menebus baki kontrak setahun Bad di Kedah. Baddrol masih ingin bersama Kedah dan berpuas hati dengan gaji  semasa yang dibayar KFA kepadanya.

Baddrol memberi kenyataan yang dia tidak bermain bolasepak untuk duit semata-mata, tetapi dia main atas nama rakyat negeri Kedah Darulaman. Mungkinkah calon kapten pasukan Hijau Kuning musim depan??

Thursday, 17 November 2011

SAH!!Brendan Gan Dan Michael Baird Milik Sabah



Majlis menandatangani kontrak dan penyerahan jersey sambil dihadiri oleh beberapa pegawai SAFA termasuk coach JG, agent kepada Brendan dan Michael, Scott Ollerenshaw dan pembantu pengurus pasukan. Tahniah Sabah!!Antara pasukan yang mempunyai pengurusan yang cekap dan serius untuk menghadapi Liga Malaysia 2012.

photo kredit : facebook sabahawks


Tuesday, 15 November 2011

Selangor Dalam Proses Memancing Bintang Ensem Indonesia Irfan Bachdim.

Selangor khabarnya dalam proses untuk memancing bintang ensem Indonesia Irfan Bachdim. Pasti ia adalah strategi sambil menyelam minum air FAS, disamping memantapkan pasukan dengan mendapatkan import yang berkualiti, nilai komersial pemain juga diharapkan untuk menarik lebih ramai penonton ke Stadium. 


Irfan Bachdim yang "ganteng banget" disamping mempunyai kualiti tinggi selaku pemain tengah skuad garuda pastinya dapat menarik ramai penonton ke stadium terutama sekali "bapak2 dan ibu2 yang ada di sini"...seperti yang pernah berlaku ketika Selangor diwakili oleh Bambang Pemungkas dan Ellie Aboy dari Indonesia. Masa tu gang2 indon dah dekat sama ramai dengan orang Selangor di stadium.


Seorang lagi pemain import yang dikaitkan dengan Selangor adalah pemain pertahanan kebangsaan Lebanon Ramez Bayoub. Ramez merupakan ketua pasukan kebangsaan Lebanon yang kini sedang bersaing di kelayakan Piala Dunia 2014 mempunyai fizikal yang sasa pasti menguatkan lagi barisan pertahanan Selangor. 


Tuesday, 8 November 2011

Kelantan Umum Senarai Pemain Musim 2012


Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah membuat pengumuman rasmi senarai pemain skuad The Red Warriors 2012 pagi tadi. Pengumuman tersebut dilaksanakan sendiri oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Menurut beliau pemain yang diumumkan adalah pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama Kelantan dan pada masa ini masih ada pemain yang masih dalam proses rundingan untuk menyertai Kelantan. 

Pemain yang kekal :


1.Mohd Shahrizan Ismail (penjaga Gol)
2.S.Subramaniam (Pertahanan)
3.Nik M Shahrul Azim (Pertahanan)
4.Mohd Farisham Ismail (Pertahanan)
5.Mohd Ramzul Zahini (Penyerang)
6.Mohd Shakir Shaari (Tengah)
7.Nor Shahrul Idlan Talaha (Penyerang)
8.Mohd AB Aziz Ismail (Pertahanan)
9.Nurul Azwan Roya (Tengah/Sayap)
10.Mohd Zamri Ramli (Pertahanan/Sayap)
11.Daudsu Jamaluddin (Pertahanan)
12.Badhri Radzi (tengah)
13.Rizal Fahmi Rosid (Pertahanan)
14.Apek (Penjaga Gol)
15.Syazwan Yusof (Penjaga Gol)
16.S.Chantturu (penyerang/Sayap)
17.Zairul Fitrie Ishak (Pertahanan)
18.Mohd Izuan Salehuddin (Penyerang/Sayap)
19.Khairul Izuan Rosli (Tengah/Sayap)
20.Aris Zaidi (Penyerang)

Pemain baru tempatan :

1.Azizi Mat Rose (pertahanan) - T-Team
2.Nor Farhan Mohammad (Penyerang) - T-Team
3.Indera Putra Mahyuddin (Tengah/Sayap) - T-Team
4.Azlan Ismail (penyerang) - Kedah

Pemain Import :

1.Okine Emannuel *Pemain Import* (Tengah) - Ghana
2.Danny Antwi *Pemain Import* (Penyerang) - Ghana
3.Pemain Import 1 *Namam belum dapat di pastikan* (Tengah)
4.Mohd Ghaddar *Pemain Import*  (penyerang) - Lebanon


Monday, 7 November 2011

Gossip Perpindahan Pemain Liga Super 2012 : 4 Pemain Sah Sertai The Red Warriors 2012

EMPAT(4) PEMAIN SUDAH SAH


NORFARHAN, INDRA PUTRA, AZIZI MAT ROSE : (SAH)

Trio T-Team, Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahyudin dan Azizi Mat Rose merupakan antara bintang yang akan menyertai "Super Warriors" untuk musim 2012. Ketiga pemain ini dikhabarkan sudah bersetuju untuk menyarung jersi The Red Warriors untuk musim hadapan dan sudah pun tiba di Kota Bharu untuk menjalani latihan tidak lama lagi.

Wednesday, 2 November 2011

Gossip Perpindahan Pemain Liga Super 2012 : Bad Ke Sabah?S.Kunalan ke Selangor?

1. Tiga pemain tonggak juara Piala Malaysia 2011, N.Sembilan dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor. Pemain-pemain tersebut adalah pasangan kembar Zaquan Adha dan Aidil Zafuan, dan S.Kunalan.

2. Dua pemain utama Kedah Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen dikaitkan dengan perpindahan ke Sabah. Usaha Sabahawks utk mendapatkan kapten skuad Sukan Sea Malaysia itu nampak samar ekoran keengganan Kedah melepaskan beliau..Bad yg masih berada di Wisma FAM menjalani latihan di bwh kendalian OKS, Bad yang masih mempunyai 1 tahun kontrak bersama Kedah telah menyatakan kesudian merantau ke Sabah dan akan menulis secara rasmi kepada KFA utk minta dilepaskan sekembali dari Temasya Sukan Sea nanti..for info Bad juga telah menjadi idaman skuad Selangor, N9, Perak dan Kelantan..manakala Khyril Muhymeen pula gagal dihubungi.

3. Kapten skuad Perlis 2011,Azmizi Azmi yang baru-baru ini telah beraksi bersama skuad Kedah sebagai pemain pinjaman telah berjaya memikat pihak pengurusan KFA untuk mengikatnya sebagai pemain tetap mereka.Selain itu lebih manis apabila Azmizi juga telah berjaya memikat hati puluhan ribu penyokong Hijau Kuning taktala tiap kali melihat aksinya.Sudah pasti kehadiran Azmizi akan lebih menyegarkan bahagian tengah Kedah yang agak malap setelah ketiadaan Master-mind mereka,Nelson Sam Martin pada 2008. 

4. Ahmad Fauzi Shaari dikhabarkan akan bersama Negeri Sembilan/Selangor pada musim hadapan.

Monday, 31 October 2011

Haji Irfan Bakti Berhijrah ke Selangor Dan Tempatnya Digantikan Mat Zan Mat Aris


Selepas gagal membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali ke dua, Haji Irfan Bakti membuat keputusan dengan berhijrah ke Selangor untuk musim 2012 nanti. Pemergiannya pasti amat dirasai seluruh kem penyokong pasukan Terengganu. Sepanjang tempoh beliau menjadi jurulatih Terengganu, beliau telah berjaya mengembalikan kegemilangan pasukan Terengganu apabila membawa Terengganu muncul juara Piala FA 2011, naib juara Piala Malaysia 2011 dan Liga Super 2011. 


Tempatnya bakal digantikan oleh jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris. Mat Zan bukanlah asing dalam sejarah bolasepak Terengganu. Pada tahun 2001 Mat Zan berjaya membimbing pasukan Terengganu muncul juara Piala Malaysia buat pertama kalinya. 

Thursday, 27 October 2011

Brendan Gan dan Michael Baird Akan Menyarung Jersi Sabah Musim Depan.



Pengurus Pasukan Sabahawks yang juga merupakan Bendahari Kehormat SAFA, Tn Hj Shariman Abdullah mengesahkan bahawa penyerang juara Liga Australia Sydney FC, Brendan Gan dan bekas pemain Australia, Michael Baird 80% akan menyarung jersi Sabah musim depan.


Brendan berusia 23 tahun pemain tengah menyerang yang pernah menjadi buah mulut peminat bolasepak di Malaysia apabila pemain yang dilahirkan di Australia dan mempunyai darah Malaysia ini pernah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi harimau malaya jika diberikan peluang.

Diharapkan kehadiran Brendan Gan ke Sabah dapat memberi manfaat kepada skuad kebangsaan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...