Friday 30 September 2011

Champions League Team of The Matchday 2

Goalkeeper

Diego Alves
Valencia

Membantu Valencia mengikat Chelsea 1-1 dengan aksi tangkas menyelamatkan banyak percubaan bahaya, termasuk 2 percubaan dari Torres dan 1 dari Anelka.


Defenders

Anthony Reveillere (Lyon) - Lucio (Inter) - Jerome Boateng (Bayern Munich) - Jeremy Morel (Marseille)

Kapten Lyon Antony Reveillere pemain pertahanan kanan membantu pasukannya untuk menewaskan Dinamo Zagreb dengan aksi tangkas di bahagian pertahanan dan turut membantu serangan. Lucio menjaringkan 1 gol untuk membantu Inter tewaskan CSKA Moscow. Jerome Boateng beraksi cemerlang ketika bertemu bekas pasukannya Manchester City dengan mengunci setiap pergerakan Aguero.Dan pemain pertahanan kiri Jeremy Morel turut cemerlang ketika beraksi menentang Borussia Dortmund.


Midfield

Kaka (Real Madrid) - Roman Shirokov (Zenit St Petersburg) - Franck Ribery (Bayern Munich)

Berita gembira untuk Real Madrid apabila Kaka sudah kembali ke prestasi sebenar membantu Real Madrid tewaskan Ajax 3-0 dengan menjaringkan 1 gol dan assist 1 gol. Zenit tewaskan Porto 3-1 dengan Roman Shirokov mempamerkan persembahan cemerlang sebagai box-to-box midfield serta menjaringkan 2 gol untuk pasukannya. Franck Ribery menjadi duri dalam daging kepada Manchester City apabila setiap gerakannya sukar dikawal oleh mereka. 


Striker

 Lionel Messi (Barcelona) - Alexander Frei (Basel) - Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Tiada apa lagi yang boleh menyekat kehebatan Messi buat masa ini.Messi menjaringkan 2 gol ketika Barcelona membelasah Bate Borisov 5-0. Ibrahimovic kembali beraksi bersama AC Milan dengan 1 gol dan 1 assist yang cantik untuk Cassano menjaringkan gol. Pemain veteran Frei hampir-hampir mengecewakan United di Old Trafford dengan jaringan golnya, sebelum Ashley Young menyamakan kedudukan 3-3.

Thursday 29 September 2011

Manchester City News + video : Apa sudah jadi Tevez?



Semalam, berita terhangat di pasaran pastinya pertembungan Bayern Munich dengan Manchester City. Boleh la nak dilabelkan sebagai giant match peringkat kumpulan Champions League.Citeh tewas 0-2 hasil jaringan Mario Gomez. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah tindakan Carlos Tevez yang tidak mahu bermain sebagai pemain gantian walaupun mendapat arahan dari Mancini. Tindakan Tevez jelas sekali telah menimbulkan kemarahan Mancini dan kem Citeh. Mancini melabelkan Tevez sebagai "finished". Tindakan Tevez ini pasti ada kena mengena dengan keinginan Tevez nak melangkah keluar dari Citeh pada musim perpindahan lalu. Adakah tindakan Tevez ini sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati kerana pihak Citeh yang tidak mahu melepaskan nya dan juga melucutkan jawatan kapitan?Rasanya tindakan Tevez ini adalah melampau dan tak professional langsung, malah menyusahkan dirinya sendiri. Terbaru Citeh telah menggantung Tevez selama 2 minggu berkuat kuasa serta merta. Dan yang paling menggerunkan adalah Tevez mungkin boleh digantung seumur hidup oleh FIFA jika aduan dibuat oleh Citeh kepada FIFA. Dan FIFA juga membenarkan Citeh menarik semula kontrak. Maksudnya Tevez gantung but awal la. Persoalannya, adakah Tevez sahaja yang akan bertindak demikian?biasa la kalau star tiba-tiba jadi pemain simpanan. Bagaimana pula dengan lambakan star yang lain di Citeh?kalu team dah ramai star memang macam ini la jadinya. Jadi Citeh kena bersiap sedia dengan kemungkinan yang lain bakal berlaku. Star player tak menjaminkan kejayaan sesuatu pasukan. Yang penting......kerjasama......

i miss my family...

Wednesday 28 September 2011

Preview Piala Malaysia 2011

    Semalam tamat perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. 8 pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir dan 8 pasukan lagi mengucapkan sayonara. 
     Kejutan berlaku di dalam kumpulan A, apabila bekas juara piala Malaysia 2007 dan 2008 tersingkir awal selepas hanya mampu seri 1-1 di Darulaman. Perak menjuarai kumpulan A dengan rekod tanpa kalah dan Sabah layak setelah menewaskan Johor 4-1di Larkin.
     Tiada kejutan berlaku di dalam kumpulan B apabila 2 pasukan pilihan Negei Sembilan dan Terengganu layak ke suku akhir. kedua dua pasukan berentap semalam di Stadium Terengganu bagi menentukan juara kumpulan.Keputusan seri 0-0 memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan untuk bergelar juara kumpulan.
     Kumpulan C pula menyaksikan tersingkirnya semi finalist tahun lepas Johor FC tersingkir awal. Pasukan bukan pilihan, Felda United bersama juara bertahan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir.
     Bagi kumpulan D, pasukan yang paling mencuri tumpuan pastinya T-Team. Mereka sudah mengesahkan tempat ke suku akhir walaupun masih berbaki 1 perlawanan. Pasukan juara 32 kali Selangor, pastinya lega selepas berjaya menewaskan KL 2-1 semalam kerana keputusan seri atau tewas akan menyebabkan mereka tersingkir awal.

Jadual perlawanan suku akhir 10&14 Oktober 2011:
Perak vs Selangor
T-Team vs Sabah
N.Sembilan vs Felda United
Kelantan vs Terengganu

Hang Bola predict Perak, T-Team, N.Sembilan dan Terengganu akan ke separuh akhir.

Wednesday 21 September 2011

2012 OLYMPIC QUALIFICATION: JAPAN 2 :0 MALAYSIA

2

 VS

0



            40 tahun yang lalu, Malaysia tewaskan Jepun 3-0 pada kelayaka olimpik Munich 1972. Namun, selepas era cemerlang itu, Malaysia terus dijajah oleh Jepun dalam sukan bolasepak. Pada hari ini Harimau Malaya berpeluang beradu tenaga menentang Samurai Biru. Malangnya, harimau tersungkur di bumi Nippon dek libasan pedang samurai biru. 
            Corak bertahan yang diserapkan oleh Ong Kim Swee  dengan harapan mencuri 1 mata untuk dibawa pulang ke Malaysia ternyata tidak menjadi. Malaysia tidak mampu menahan asakan 11 samurai biru, yang akhirnya terpaksa melepaskan 2 gol. 1 gol pada awal separuh masa pertama dan 1 gol lagi lewat separuh masa ke dua.
            Malaysia dipukau oleh skill yang tinggi pemain Jepun dan corak permainan pantas ala ninja. Malaysia hanya mampu melihat pemain-pemain Jepun bertukar hantaran membelah pertahanan Malaysia. Taktik one touch football yang dipamerkan Jepun sememangnya menyukarkan pemain Malaysia untuk mendapatkan bola. Pada separuh masa pertama bahagian tengah langsung tak dapat nak pegang bola. Tidak dapat menyimpan bola dengan lebih lama adalah masalah utama Malaysia untuk melakukan serangan. Langsung tidak ada serangan dan percubaan tepat pada separuh masa pertama.
            Ada sedikit kebangkitan pada separuh masa kedua. Malaysia mula menguasai bola dan melakukan serangan dan mendapat satu peluang keemasan berpunca dari 1 situasi kelam kabut di depan pintu gol Jepun. Namun begitu, Fandi lambat untuk melakukan rembatan. Akhirnya pada lewat separuh masa kedua, Jepun menambah jaringan ke 2. Game over.
           Walaupun tewas, saya tetap nak bagi kredit kepada Malaysia. Semua pemain bermain bersungguh2 untuk mempertahankan pintu gol. Dan yang paling cemerlang sekali tentu lah Khairul Fahmi. Banyak percubaan berbahaya dari Jepun dapat diselamatkan olehnya. Rasa nya Khairul Fahmi tak payah balik Malaysia kot, sebab dah ada team2 kat Jepun tu minat kat dia. Harap2 ada la noo.
        Kita perlu realistik masih banyak yang perlu kita lakukan untuk setanding dengan pasukan Jepun. Dari segi teknik, skill, taktik, dan kepantasan semuanya perlu dipertingkatkan. Diharap Malaysia dapat mempertingkatkan mutu permainan untuk menghadapi Syria di Bukit Jalil pada 23 November nanti.
MALAYSIA BOLEH!!!!!


p/s nak bagitau kat Ong Kim Swee suruh dia panggil Ramli yang main kat Man United tu balik main untuk Malaysia..hehe..
     
  

Sunday 18 September 2011

UPDATE MALAYSIA U-16 AFC CHAMPIONSHIP 2012 QUALIFICATION AND MALAYSIA U-19 AFF CHAMPIONSHIP 2011

Malaysia U-16 AFC Championship 2012 Qualification
Keputusan Perlawanan ke-4 Kumpulan E (15 Sep 2011)

Malaysia  -  Singapore    1  -  1
China  -  Timor Leste     2 - 0


Seri dengan Singapore bermakna Malaysia U16 gagal layak ke Piala Asia U16 2012.


Malaysia U-19 AFF Championship 2011
Keputusan Perlawanan ke-4 Kumpulan A (17 Sep 2011)

Singapore  -  Thailand  0  -3
Malaysia   -   Philippines     6  - 0






Dengan kemenangan 6-0 ke atas Philippines, Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir di belakang Thailand. Pada separuh akhir nanti pada 19 September, Malaysia akan bertemu dengan Vietnam manakala Thailand akan bertemu dengan Myanmar.


La Liga Highlight : Barcelona 8 vs Osasuna 0 (Highlight + video)

Mak aihh!!!ngamuk sakan ni. Selepas 2 game seri dengan Real Sociedad dan AC Milan, kini juara Eropah Barcelona mula menunjukkan taring dengan membelasah Osasuna 8-0 di Nou Camp. Messi menjaringkan hatrik, David Villa dengan 2 gol, Fabregas dan Xavi masing-masing dengan 1 gol, sambil 1 gol lagi disumbangkan oleh pemain lawan Roversio.



 



Fernando Torres set to be loan out in January

       The off form Chelsea players  Fernando Torres likely to be loaned to Spain in January of this club if he still failed to score.player worth 57 million pounds, only scored one goal in 23 games. Villas Boas is concerned that Torres will continue struggle if he's left on the bench. Malaga or Atletico Madrid will be Torres temporary destination if they decide to loan out Torres.

mama..what happen to me??



Friday 16 September 2011

Fabregas : "mana ada saya cakap macam tu pun..pandai2 je korang ni"

Panas!!Arsenal Barcelona midfield Fabregas telah menafikan kenyataannya "AGAK SUKAR"
 untuk bekas kelabnya Arsenal menang EPL atau UCL dalam "MASA TERDEKAT" dalam 
 satu temuramah.
Dia menafikan kenyataan tu dengan menghantar message di Twitter. Lebih kurang macam ni la dia cakap "mana ada saya cakap yang buruk-buruk pasal Arsenal, korang ni pandai2 je tulis yang bukan2 dalam paper. Tak professional langsung. Tak suka tau...tanpa Arsenal sape lah aku ni..korang boleh benci aku atau ingat jasa2 aku kat sana..tapi percaya la aku tak cakap yang bukan2 ye".
Jangan marah2 ye penyokong Arsenal..cian dia..



 DULU..MMUUAAHH..CAYANG ARSENAL..







SEKARANG.......

Champions League 2011/2012 Highlight (video + photo) : Benfica 1 - 1 Man Unitrd

Old skool Giggs selamatkan Red Devils dari dimalukan Benfica

          Ingat uncle Giggs dah tak boleh main bola ke?tengok tu, mantop dia punya rembatan kasi gegar itu jaring. Tapi 1 mata dah cukup memadai kalau dinilai dari prestasi semalam. Benfica main lagi bagus. player dia laen macam sket. main tempat sendiri la katakan.
           Ramai player utama direhatkan Fergie untuk next game lawan Chelsea nanti. Fletcher dan Valencia diturunkan buat kali pertama season ni. Fergie bagi De Gea rehat, bagi chance kat Lindergaad. Berbaloi, sebab dia punyer performance memang mantap. Banyak jugak shot dia save. Untuk game ni Hang Bola rate 6/10 untuk Man United punya performance.

man of the match : Anders Lindegaard



Penjaring gol Benfica Cordozo


Giggs menjaringkan gol penyamaan untuk Man United




Thursday 15 September 2011

OLYMPIC MALAYSIA FRIENDLY MATCH RESULT (15/09/2011)


OLYMPIC MALAYSIA    VS   OLYMPIC OMAN
    0                                                1

Perlawanan persahabatan terakhir sebelum skuad olimpik Malaysia berangkat ke negara Ultraman untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan pusingan ketiga kelayakan olimpik London 2012 bertemu Jepun pada 21 September 2011. Selamat berjuang kepada skuad olimpik.




 VS





Safee Sali "Malaysian Beckham"

sesi ujian Safee Sali di Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain. Siap masuk halaman utama ruangan sukan akhbar tempatan. "Malaysian Beckham"
Safee Sali dah score 1 gol masa sesi latihan pertama. main 5 sebelah. siap beat defend Cardiff City. Harapan semoga Safee dapat memikat Malky Mackay.


SAFEE SALI HARIMAU BERANTAI

Champions League 2011/2012 Matchday 1 Result (14 Sep 2011)


Wednesday 14 September 2011

UCL Highlights : Barcelona 2 - AC Milan 2

Pato menjaringkan gol ke 5 paling pantas dalam sejarah UCL, Cool je mamat tu bawak bola dan score. Messi assist untuk Pedro menjaringkan gol penyamaan. Superb David Villa free kick. Dan Last minit gol dari Thiago yang mengecewakan Barcelona di Nou Camp.

Sepakan Penalti Paling Bengong # Peter Devine, Whitley Bay vs LANCASTER CITY, 1991





WHAT THE!!!!!!!!!
BENGONG!!!BENGONG!!!!

Kenari terbang tak tinggi, ditanduk si seladang

           Kecewa, frust, hampeh semua ada tengok game Kedah lawan Perak semalam. Ingatkan bole makan team Perak ni. maklum la 5 pemain utama nya digantung. kalau tengok line up tu memang boleh menang la. walaupun Bad tak boleh main. Dari awal lagi dah dok kena serang ngan Perak. Player2 Perak ni rajin. Memang tak bagi chance langsung Kedah simpan bola. Kedah pulak passing bola macam pejam mata. Awal2 lagi Perak dah dapat chance. Nasib baik bola kena palang. Defend yang hancus, baek punyer pi dummy kat shafiq Jamal score. aduih..kalau orang laen score tu boleh la tahan lagi. Lepas kena sebiji ingat nak menyerang balik la. serupa tu jugak. Nasib baik Thiru baek punyer cross Meen kasi terbang sket tanduk itu bola.GOL!!!syok tak kira la.Baru nak syok, dalam hati "mampuih hangpa Perak, Kedah dah pulun" tup2 defend buat hal lagi.senang2 ja mamat USM, Failee score. 
        Second half Kedah bawak keluar Fiqri, Firdaus a.k.a spiderman masuk. Nampak la aura nak menyerang. Tapi dok nampak bila menyerang macam tak cukup orang kat atas nak support. Meen sorang2 ja. Main taktik 5-3-2, memang masalah bila nak menyerang. Defend ramai sangat. Tapi lepas gol jugak. Tengah tak berapa nak hidup. Paklong selalu kena tackle ja. halus...Amar plak terlalu defensive. Dekat2 nak abis game WJ bawa masuk semua streka yang ada. Tak boleh nak buat apa, sebab Perak bawa masuk macha renjong Nanthakumar. Dia dengan stylo dok hold midfield. 
         Huh..kalah lagi. 3 game 3 point. Dok harap lagi 3 game dekat Darulaman. Kalau nak layak kena menang semua. kesimpulannya performance hancus lebur. Harap coach boleh wat sumthing. Sayap kena repair balik, pakai sayap jet. terbang kasi tinggi la nooo....Adios..

Champions League 2011/2012 Matchday 1 Result








Tuesday 13 September 2011

UPDATE MALAYSIA U-16 AFC CHAMPIONSHIP 2012 QUALIFICATION AND MALAYSIA U-19 AFF CHAMPIONSHIP 2011

Malaysia U-16 AFC Championship 2012 Qualification
Keputusan Perlawanan ke-3 Kumpulan E (13 Sep 2011)

Malaysia  -  Timor Leste    3  - 0
Korea Utara  -  Singapore     1 - 0




Malaysia U-19 AFF Championship 2011
Keputusan Perlawanan ke-2 Kumpulan A (13 Sep 2011)

Cambodia  -  Thailand  0  - 5
Malaysia   -   Singapore     6  - 0



Keputusan perlawanan Piala Malaysia Matchday 3 dan kedudukan kumpulan terkini

13 September 2011
KUMPULAN A

Sabah - Johor   3 - 1     Stadium Likas
Perak - Kedah     2 - 1     Stadium Ipoh


KUMPULAN B
N.Sembilan - Terengganu   1 - 0    Stadium Tuanku Abdul Rahman
PKNS - Sime Darby           1 - 0   Stadium MBPJ


KUMPULAN C
Sarawak - Johor FC        1 - 0   Stadium Kuching


KUMPULAN D


Kuala Lumpur - Selangor   0 - 0    Stadium PBKL Cheras
T-Team - PDRM            4 - 0    Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

UEFA Champions League 2011/2012 Matchday 1 Fixtures

MATCHDAY 1 - (13 SEPTEMBER 2011)




MATCHDAY 1 (14 SEPTEMBER 2011)

Sarapan Pagi Bersama Hang Bola

MAS, Air ASIA Taja QPR
KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa penaja jersi pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) terjawab apabila kelab itu mengumumkan perjanjian penajaan selama dua tahun bersama dua syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Uniknya, MAS akan menaja jersi QPR pada aksi di laman sendiri.

Logo AirAsia pula mendapat penghormatan dipaparkan pada jersi untuk aksi tempat lawan dan sebagai jersi ketiga.

Pengumuman dibuat di Stadium Loftus Road, London semalam oleh Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (QPR), Phillip Beard.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Rantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan.

Rashdan berkata: "MAS berbesar hati dikaitkan dengan QPR dalam Liga Perdana Inggeris.

"Penajaan jersi QPR di laman sendiri oleh Mas dan jersi aksi di tempat lawan oleh AirAsia adalah julung kali dalam Liga Perdana. Ia juga sebagai meraikan kerjasama kami dengan AirAsia.

"Penajaan ini meningkatkan lagi kehadiran kami pada peringkat global dan menjadi francais premium untuk peminat bola sepak dari seluruh Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Australia serta keempat-empat penjuru dunia,".

Beared pula menyifatkan kerjasama QPR dengan dua syarikat penerbangan itu sebagai unik.

"Mendapat penajaan dua syarikat terkemuka Asia ini membuktikan jenama QPR mempunyai daya tarikan global.

"Kami cukup positif dalam kerjasama ini dengan harapan dapat mengembangkan pengaruh QPR di Asia Tenggara dan sekelilingnya.

"Ini satu urusniaga bersejarah yang menambah kegembiraan kepada kelab ini sejak pengambilalihan baru beberapa minggu lalu," ujarnya

Jersi QPR dengan logo MAS dipakai buat kali pertama dalam perlawanan melayan kunjungan Newcastle semalam.
SUMBER : utusan online


Kenari Bimbang Pancit
KUALA LUMPUR – Dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan memberi kesan kepada skuad Kenari yang kelihatan ‘pancit’ apabila berdepan pencabar utama Kumpulan A, Perak di Stadium Perak, hari ini.

Selepas melalui perjalanan jauh menentang Sabah di Kota Kinabalu Sabtu lalu, skuad Wan Jamak Wan Hassan menyambung perjalanan ke Ipoh dalam tempoh tiga hari, menyebabkan pemain tidak mendapat rehat secukupnya.

Masalah keletihan pemain diakui Wan Jamak, namun tidak mahu ia menjadi alasan menjelang perlawanan hidup mati dengan Perak.

“Pemain saya memang penat apabila terpaksa berulang-alik dalam masa yang singkat tetapi sebagai pemain profesional mereka perlu menjangka situasi seperti ini.

“Saya menasihati pemain supaya menjaga pemakanan dan aspek lain supaya kecergasan mereka tidak terjejas.

“Biarpun persiapan kami tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kerana kekangan masa, saya berpuas hati kerana dapat memperbaiki kelemahan ekoran kekalahan kepada Sabah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kalah 1-2 kepada Sabah menyebabkan Kedah tercicir ke tangga ketiga Kumpulan A dan memerlukan keputusan positif, sekurang-kurangnya satu mata apabila berdepan Perak bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.

Kedah ke Ipoh tanpa perancang utama, Baddrol Bakhtiar yang menjalani penggantungan perlawanan akibat menerima kad merah ketika menentang Sabah, namun ia tidak menggusarkan Wan Jamak.

“Kekuatan pasukan bukan bergantung kepada seorang pemain. Tanpa Baddrol, saya yakin kekuatan keseluruhan pasukan terutama pada bahagian serangan tidak terjejas,” katanya.
SUMBER : utusan online

Safee Sedia Galas Amanah Besar
MUNGKIN agak keterlaluan jika dikatakan penggempur berbisa Harimau Malaya, Safee Sali bakal pengganti Craig Bellamy di Cardiff City.

Impian itu dilihat cukup besar untuk digalas Safee yang akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Kejuaraan England tersebut kira-kira dua minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, penyerang sensasi skuad kebangsaan itu akan berusaha menampilkan prestasi terbaik bagi memikat hati panel pemilihan Cardiff.

Jelasnya, jika gagal menyarung jersi Cardiff musim ini, Safee tetap tidak akan berputus asa untuk kembali mencuba nasib pada musim depan.

“Itu semua bergantung kepada sejauh mana keazaman Safee sendiri untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi selepas menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya dari Selangor sebelum ini.

“Kita harus berpijak di bumi nyata, kekosongan jentera serangan Cardiff selepas penghijrahan Bellamy (ke Liverpool) bukan bermakna peluang Safee terbuka luas kerana mereka masih mempunyai rangkaian penyerang yang hebat-hebat dari Scotland, Wales, Perancis dan juga dari England sendiri.

“Saya harap peminat Safee tidak kecewa dan terus mengecam beliau sekiranya tidak terpilih memandangkan Safee akan berusaha memberikan yang terbaik, selain benar-benar bersyukur dengan ujian pemilihan yang ditawarkan Cardiff,” kata Zakaria kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, Safee kini telah bersedia 100 peratus daripada aspek mental dan fizikal setelah menjalani latihan intensif selama beberapa hari bersama Pelita Jaya sebelum ini.


SAFEE bertekad menampilkan prestasi terbaik ketika sesi pemilihan di Cardiff.



“Cuma pada masa sama, saya lihat Safee masih tertanya-tanya mengenai bentuk latihan, cara pemilihan, faktor cuaca dan corak permainan yang pastinya berbeza daripada apa yang pernah dialaminya sebelum ini.

“Namun, saya yakin ia tidak akan mendatangkan masalah kepada Safee yang pastinya akan cepat menyesuaikan diri sebaik berada di sana selama dua minggu selepas ini,” katanya yang akan turut menemani Safee ke Cardiff.

Safee dijangka berlepas ke Cardiff City dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.35 pagi tadi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Pelita Jaya bagi menjalani sesi pemilihan tersebut.

Selain Safee, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim juga dilaporkan akan turut menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama tiga minggu pada hujung Oktober depan.

Bagaimanapun, ketika ini Safiq mahu mengekalkan konsentrasi membantu Selangor dalam misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-33 terlebih dahulu.



SUMBER : kosmo online


Chelsea Pinggir Torres


FERNANDO Torres menyertai sesi latihan Chelsea semalam untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen hari ini, walaupun dia dijangka tidak diturunkan. - REUTERS



LONDON - Fernando Torres bagaikan jatuh ditimpa tangga minggu ini apabila boss Chelsea, Andre Villas-Boas memberi bayangan menggugurkan bintang penyerang Sepanyol itu dalam dua perlawanan besar.

Ia bermula dengan aksi Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen hari ini dan pertemuan dengan penyandang juara, Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Villas-Boas sebaliknya memberi kepercayaan kepada Daniel Sturridge, yang menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika Blues menundukkan Sunderland 2-1, Sabtu lalu.

"Banyak pasukan mahukan Daniel menerusi pinjaman ketika pasaran perpindahan pemain, tetapi itu tidak akan berlaku.

"Staf teknikal dan saya berasakan kami perlu membawanya masuk, kami memiliki pemain yang cemerlang,'' katanya.

Torres diketepikan daripada kesebelasan utama pada perlawanan di Stadium of Light minggu lalu, selepas gagal mencipta jaringan dalam tiga perlawanan pertama.

Terlepas aksi pembukaan Liga Juara-Juara bakal menjadi tamparan buat penyerang berusia 27 tahun itu, yang hanya mampu menjaringkan satu gol sejak menyertai Chelsea menerusi rekod perpindahan 50 juta pound (RM240 juta), Januari lalu.

Villas-Boas bergantung kepada bintang utama untuk mengharungi minggu paling sukar dengan menggesa mereka menyalakan api perjuangan dan mem bayangkan tidak memanggil Torres.

Jurulatih itu menambah: "Minggu yang amat penting sedang menunggu kita, kami perlu fokus untuk menghadapi perlawanan yang sangat besar.

"Semua orang mahu bermula baik dalam Liga Juara-Juara dengan mengutip tiga mata, terutama dalam perlawanan di gelanggang sendiri, lagipun kemenangan penting untuk meningkatkan keyakinan pemain sebelum berjumpa Man. United.

"Ia adalah minggu yang sukar buat kami, namun kami mempunyai pasukan yang sangat bagus dan kami akan merehatkan beberapa pemain untuk membolehkan pasukan ini memberi respons yang lebih baik.

"Liga Juara-Juara memerlukan pemain beraksi pada tahap tertentu, jadi ada pemain yang mungkin tidak memenuhi kehendak saingan. Empat hari kemudian kami berdepan United pula, ia juga memerlukan pemain berada pada tahap tinggi," katanya - Agensi

SUMBER : utusan online


United Berhak Pimpin Carta Liga
BOLTON - Alex Ferguson yakin Manchester United berhak memegang status selaku pendahulu Liga Perdana England kerana skuad kendaliannya telah melalui perlawanan yang sukar pada awal kempen musim ini.

Juara bertahan itu berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dan Arsenal sebelum menang 5-0 ke atas Bolton Wanderers kelmarin.

Kemenangan itu turut membolehkan skuad The Red Devils mendahului jiran setempat, Manchester City yang menewaskan Swansea City, Bolton Wanderers, Tottenham dan Wigan Athletic.

Selepas empat perlawanan, United dan City berkongsi 12 mata, tetapi kedua-dua pasukan itu dibezakan dengan kelebihan jaringan.

United juga telah mengumpul 18 gol daripada empat perlawanan pertama dan jaringan hatrik kedua berturut-turut dari Wayne Rooney serta dua gol daripada Javier Hernandez menyaksikan mereka mengungguli kedudukan teratas.

Ini bermakna skuad kendalian Ferguson itu akan turun menentang Chelsea di Old Trafford dengan kelebihan psikologi pada 18 September ini.

Pengurus The Red Devils itu sedar kemenangan ke atas anak buah Andre Villas-Boas tersebut mampu mengukuhkan reputasi mereka dalam saingan liga domestik dan di pentas Eropah.

"Kamu hanya perlu memberi tumpuan kepada pasukan kamu sendiri," kata Ferguson.

"Ia adalah satu permulaan yang sukar pada awal musim, kami terpaksa berdepan semua pasukan yang hebat. Ahad ini kami bertemu Chelsea pula.

"Ia satu jadual yang padat dan kalau kami berjaya mengharunginya, kami telah melakukannya dengan baik." - AFP
SUMBER : kosmo online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...