Wednesday 28 September 2011

Preview Piala Malaysia 2011

    Semalam tamat perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. 8 pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir dan 8 pasukan lagi mengucapkan sayonara. 
     Kejutan berlaku di dalam kumpulan A, apabila bekas juara piala Malaysia 2007 dan 2008 tersingkir awal selepas hanya mampu seri 1-1 di Darulaman. Perak menjuarai kumpulan A dengan rekod tanpa kalah dan Sabah layak setelah menewaskan Johor 4-1di Larkin.
     Tiada kejutan berlaku di dalam kumpulan B apabila 2 pasukan pilihan Negei Sembilan dan Terengganu layak ke suku akhir. kedua dua pasukan berentap semalam di Stadium Terengganu bagi menentukan juara kumpulan.Keputusan seri 0-0 memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan untuk bergelar juara kumpulan.
     Kumpulan C pula menyaksikan tersingkirnya semi finalist tahun lepas Johor FC tersingkir awal. Pasukan bukan pilihan, Felda United bersama juara bertahan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir.
     Bagi kumpulan D, pasukan yang paling mencuri tumpuan pastinya T-Team. Mereka sudah mengesahkan tempat ke suku akhir walaupun masih berbaki 1 perlawanan. Pasukan juara 32 kali Selangor, pastinya lega selepas berjaya menewaskan KL 2-1 semalam kerana keputusan seri atau tewas akan menyebabkan mereka tersingkir awal.

Jadual perlawanan suku akhir 10&14 Oktober 2011:
Perak vs Selangor
T-Team vs Sabah
N.Sembilan vs Felda United
Kelantan vs Terengganu

Hang Bola predict Perak, T-Team, N.Sembilan dan Terengganu akan ke separuh akhir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...