Saturday 10 September 2011

Marlon dan Nelson kembali ke Kedah???

BEKAS pemain import skuad Hijau Kuning, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James menunjukkan reaksi positif untuk kembali beraksi dengan pasukan bola sepak Kedah pada Liga Super 2012

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan dua bekas pemain import ini adalah berdasarkan prestasi mereka ketika bersama pasukan bola sepak Kedah bahkan mereka amat disukai penyokong Kedah.

“Menerusi emel yang mempelawa mereka beraksi dengan kita (Skuad Hijau Kuning), Nelson membalas ‘I like your King very much and I want to play for him’ dan Marlon pula membalas ‘I love Kedah’

“Namun kita menghadapi sedikit kekangan untuk mendapatkan khidmat Nelson, memandangkan pemain itu baru sahaja tamat kontrak dengan Singapura setahun lalu, dan mengikut syarat dia perlu melepasi :cooling period: selama dua tahun, sebelum boleh beraksi dengan mana-mana pasukan di Asia,” katanya kepada :Sinar Harian.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menetapkan pemain import perlu melepasi tempoh dua tahun selepas setiap kali berkhidmat dengan mana-mana pasukan bagi mengatasi masalah lambakan pemain import di rantau ini.

“Oleh itu, kita akan membuat rayuan kepada FAM, agar Nelson dapat beraksi dengan Skuad Hijau Kuning musim depan,” katanya.

“Sekiranya kekangan ini dapat diselesaikan, dua pemain import itu tetap menjalani proses penilaian bagi memastikan tahap kecergasaan dan prestasi semasa yang akan dikendalikan jurulatih pasukan,” katanya.

Dua pemain import ini dijangka kembali ke Kedah sebaik tamat saingan Piala Malaysia.



















Hang Bola like...legend!!..harap2 betul la..mantopp!!!Tapi adakah prestasi mereka masih sama macam 3 tahun lepas??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...