Thursday 29 September 2011

Manchester City News + video : Apa sudah jadi Tevez?



Semalam, berita terhangat di pasaran pastinya pertembungan Bayern Munich dengan Manchester City. Boleh la nak dilabelkan sebagai giant match peringkat kumpulan Champions League.Citeh tewas 0-2 hasil jaringan Mario Gomez. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah tindakan Carlos Tevez yang tidak mahu bermain sebagai pemain gantian walaupun mendapat arahan dari Mancini. Tindakan Tevez jelas sekali telah menimbulkan kemarahan Mancini dan kem Citeh. Mancini melabelkan Tevez sebagai "finished". Tindakan Tevez ini pasti ada kena mengena dengan keinginan Tevez nak melangkah keluar dari Citeh pada musim perpindahan lalu. Adakah tindakan Tevez ini sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati kerana pihak Citeh yang tidak mahu melepaskan nya dan juga melucutkan jawatan kapitan?Rasanya tindakan Tevez ini adalah melampau dan tak professional langsung, malah menyusahkan dirinya sendiri. Terbaru Citeh telah menggantung Tevez selama 2 minggu berkuat kuasa serta merta. Dan yang paling menggerunkan adalah Tevez mungkin boleh digantung seumur hidup oleh FIFA jika aduan dibuat oleh Citeh kepada FIFA. Dan FIFA juga membenarkan Citeh menarik semula kontrak. Maksudnya Tevez gantung but awal la. Persoalannya, adakah Tevez sahaja yang akan bertindak demikian?biasa la kalau star tiba-tiba jadi pemain simpanan. Bagaimana pula dengan lambakan star yang lain di Citeh?kalu team dah ramai star memang macam ini la jadinya. Jadi Citeh kena bersiap sedia dengan kemungkinan yang lain bakal berlaku. Star player tak menjaminkan kejayaan sesuatu pasukan. Yang penting......kerjasama......

i miss my family...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...