Wednesday 21 September 2011

2012 OLYMPIC QUALIFICATION: JAPAN 2 :0 MALAYSIA

2

 VS

0



            40 tahun yang lalu, Malaysia tewaskan Jepun 3-0 pada kelayaka olimpik Munich 1972. Namun, selepas era cemerlang itu, Malaysia terus dijajah oleh Jepun dalam sukan bolasepak. Pada hari ini Harimau Malaya berpeluang beradu tenaga menentang Samurai Biru. Malangnya, harimau tersungkur di bumi Nippon dek libasan pedang samurai biru. 
            Corak bertahan yang diserapkan oleh Ong Kim Swee  dengan harapan mencuri 1 mata untuk dibawa pulang ke Malaysia ternyata tidak menjadi. Malaysia tidak mampu menahan asakan 11 samurai biru, yang akhirnya terpaksa melepaskan 2 gol. 1 gol pada awal separuh masa pertama dan 1 gol lagi lewat separuh masa ke dua.
            Malaysia dipukau oleh skill yang tinggi pemain Jepun dan corak permainan pantas ala ninja. Malaysia hanya mampu melihat pemain-pemain Jepun bertukar hantaran membelah pertahanan Malaysia. Taktik one touch football yang dipamerkan Jepun sememangnya menyukarkan pemain Malaysia untuk mendapatkan bola. Pada separuh masa pertama bahagian tengah langsung tak dapat nak pegang bola. Tidak dapat menyimpan bola dengan lebih lama adalah masalah utama Malaysia untuk melakukan serangan. Langsung tidak ada serangan dan percubaan tepat pada separuh masa pertama.
            Ada sedikit kebangkitan pada separuh masa kedua. Malaysia mula menguasai bola dan melakukan serangan dan mendapat satu peluang keemasan berpunca dari 1 situasi kelam kabut di depan pintu gol Jepun. Namun begitu, Fandi lambat untuk melakukan rembatan. Akhirnya pada lewat separuh masa kedua, Jepun menambah jaringan ke 2. Game over.
           Walaupun tewas, saya tetap nak bagi kredit kepada Malaysia. Semua pemain bermain bersungguh2 untuk mempertahankan pintu gol. Dan yang paling cemerlang sekali tentu lah Khairul Fahmi. Banyak percubaan berbahaya dari Jepun dapat diselamatkan olehnya. Rasa nya Khairul Fahmi tak payah balik Malaysia kot, sebab dah ada team2 kat Jepun tu minat kat dia. Harap2 ada la noo.
        Kita perlu realistik masih banyak yang perlu kita lakukan untuk setanding dengan pasukan Jepun. Dari segi teknik, skill, taktik, dan kepantasan semuanya perlu dipertingkatkan. Diharap Malaysia dapat mempertingkatkan mutu permainan untuk menghadapi Syria di Bukit Jalil pada 23 November nanti.
MALAYSIA BOLEH!!!!!


p/s nak bagitau kat Ong Kim Swee suruh dia panggil Ramli yang main kat Man United tu balik main untuk Malaysia..hehe..
     
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...