Monday 7 November 2011

Sukan Sea 2011 : Malaysia Terlepas 2 Mata Berharga Diikat Singapura 0-0


0 - 0

Pasti ramai yang kecewa dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan A Sukan Sea 2011 di Indonesia. Namun, keputusan ini pasti menggembirakan Thailand dan tuan rumah Indonesia yang berada satu kumpulan dengan Malaysia. Sebelum nak cerita panjang tentang game ni, apa yang hangbola boleh simpulkan, jika tidak ada perubahan untuk game seterusnya terpaksalah kita melupakan hasrat nak pertahankan pingat emas yang kita menang 2 tahun lepas.

Ong Kim Swee mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 pada perlawanan tersebut dengan Khairul Fahmi seperti biasa  mengawal gawang gol. Fadhli Shaas dan Muslim Ahmad bergandingan di bahagian pertahanan tengah sambil dibantu oleh Fandi di pertahanan kanan dan Asraruddin di pertahanan kiri. Bahagian tengah pula dikemudi oleh Gurusamy dan Shukur Jusoh manakala Syahrul Azwari dan Fakri melebar di sayap kanan dan kiri. Thamil Arasu bertindak sebagai striker solo sambil dibantu oleh kapten pasukan Baddrol Bakhtiar. 

Corak permainan sangat membosankan dengan tempo perlawanan yang perlahan, dengan kurangnya serangan2 merbahaya yang dilancarkan oleh kedua2 pasukan. Permainan lebih banyak berlegar di tengah padang. Bahagian tengah Malaysia gagal mengatur dan menjana serangan untuk disudahkan oleh penyerang. Gurusamy tidak banyak membantu bahagian serangan manakala Shukur pula banyak kehilangan bola dan selalu lambat ketika membuat hantaran.  

Fakri pula gagal menyerlah apabila dia langsung tidak membantu bahagian serangan. Tiada gerakan yang merbahaya yang mampu dihasilkan oleh Fakri dan aksinya tenggelam di sepanjang perlawanan. Mungkin OKS boleh berkira2 untuk merehatkannya bagi perlawanan menentang Thailand nanti. Namun begitu, Syahrul Azwari yang bermain di posisi sayap kanan beraksi dengan cemerlang apabila beberapa kali berjaya memecah kubu pertahanan Singapura. Bahagian tengah Malaysia kembali  bernyawa dan lebih kreatif dengan kemasukan Irfan Fazail dan lebih banyak gerakan ke arah pintu gol Singapura terhasil.

Namun begitu, gerakan yang terhasil gagal disudahkan oleh barisan serangan yang diketuai oleh Thamil dan Baddrol. Baddrol kurang mendapat bola di sepanjang perlawanan dan hanya mampu mengancam pintu gol Singapura dari jarak jauh menerusi rembatan jarak jauh dan juga sepakan percuma yang beberapa kali hampir2 menghasilkan gol untuk pasukan Malaysia. Thamil pula kurang mendapat umpanan dari bahagian tengah dan juga hantaran2 lintang dari bahagian sayap. 

Hangbola sangat berpuas hati dengan prestasi bahagian pertahanan Malaysia yang tenang mengemudi benteng negara dari ditembusi oleh jentera serangan pasukan Singapura. Ianya terbukti apabila Khairul Fahmi lebih banyak bersantai2 sambil mengorat awek indon di sepanjang perlawanan ini. Fandi dan Asraruddin juga kerap membuat overlapping untuk membantu bahagian serangan. Fandi memiliki satu peluang terbuka untuk menjaringkan gol hasil gerakan bersama Fakri tetapi dia dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun, pengadil dari Vietnam yang gila wisel tidak memberi sepakan penalti untuk pasukan Malaysia. Yang menjadi persoalan kenapa Mahali Jasuli tidak diturunkan di bahagian pertahanan kanan tetapi Fandi yang menjadi pilihan OKS. Prestasi Fandi agak merisaukan apabila kerap melakukan kesilapan dan kehilangan bola ketika bertahan. 

Pertukaran pemain di sepanjang perlawanan oleh OKS juga gagal menghasilkan sebarang gol. OKS cuba untuk lebih menkreatifkan bahagian tengah dengan memasukkan Irfan Fazail dan mengeluarkan Syukur Jusoh, memasukkan Kecik untuk menghidupkan bahagian sayap dan Izzaq untuk membantu bahagian serangan. 

Banyak yang perlu dilakukan oleh OKS untuk perlawanan menentang Thailand nanti. Bahagian tengah perlu lebih kreatif dan bahagian serangan lebih tajam dan produktif. Tempo permainan Malaysia perlu dipertingkatkan dengan corak hantaran pendek dan pantas. Pemain di bahagian sayap pula perlu lebih kerap membuat hantaran2 lintang untuk disudahkan oleh pemain penyerang.

Perjuangan Malaysia untuk mempertahankan emas belum tamat. Masih ada 3 perlawanan yang perlu diharungi, dan diharapkan Malaysia dapat memperbaiki corak permainan dan mendapat keputusan yang positif terutama sekali ketika bertemu Thailand dan Indonesia nanti. Hangbola juga mengharapkan corak permainan separuh masa pertama ketika menentang Lebanon tempoh hari dapat dijelmakan semula.

4 comments:

  1. malaysia pasti menang bila bertemu thailand dan indonesia...

    ReplyDelete
  2. perlawanan yg lepas diharap mnjadi pengajaran kepada team malaysia supaya brwasapada n tidak leka pada bahagian pertahan n perlu peka pada bahagian serangn :)

    ReplyDelete
  3. gua tak gentar. thailand dengan indon je pun.

    ReplyDelete
  4. hehe.thailand pon dh boleh makan dah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...