Monday 14 November 2011

Malaysia Dan India Sama Gagah.



1-1

SALAM 4-1....Langkah bergaya diteruskan Harimau Muda semalam selepas membelasah Kemboja 4-1..Perjuangan bakal diteruskan menentang Garuda Muda di Gelora Bung Karno Khamis ini. Tapi hari ini bukan nak cerita pasal perlawanan yang dijangka hebat antara 2 musuh tradisi, tapi nak cerita pasal siri perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang skuad India.

Harimau Malaya berjaya mengikat India 1-1 di Stadium Gandhi Athletic hasil jaringan Safiq Rahim untuk Malaysia dan Syed Rahim Nabi menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan. India yang dibimbing oleh jurulatih baru Savio Madeira merencanakan taktik 4-4-2 pada perlawanan ini.

Pemain bintang mereka Sunil Chhetri berganding dengan Joaquim Abranches mengetuai jentera serangan. Manakala Safee Sali hanya bermula di bangku simpanan disebabkan oleh masalah kecergasan selepas tiba lewat ke India. Norhafiz Zamani Misbah diberi tanggungjawab oleh Rajagobal mengetuai skuad Harimau Malaya manakala Safiq Rahim bertindak sebagai jeneral di bahagian tengah.

India lebih menguasai permainan pada awal babak pertama tetapi gagal memecah kubu pertahanan mantap Malaysia. India mendapat peluang pertama untuk merobek gawang Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias apabila Sunil Chhetri yang dikaitkan dengan kelab Glasgow Rangers di Scotland menanduk liar hasil hantaran lintang  Steven Dias dari bahagian sayap kanan.

Malaysia meningkatkan tempo permainan dan pada minit ke 33 Abdul Hadi Yahaya mendapat peluang menjaringkan gol tetapi digagalkan oleh Karanjit. Seminit selepas itu, Hadi Yahaya mendapat  satu lagi peluang apabila dia berjaya memperdaya bahagian pertahanan India tetapi sekali lagi digagalkan oleh ketangkasan Karanjit.

Malaysia yang terus menekan India akhirnya berjaya menghasilkan gol pada minit 41menerusi Safiq Rahim. Safiq Rahim berjaya menyudahkan gerakan through pass selepas membuat larian bijak dari bahagian tengah. Jaringan cantik Safiq Rahim mendapat tepukan gemuruh 20,000 penyokong yang berada di Guwhati Stadium. 

Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan tempo yang perlahan oleh kedua2 pasukan dan tiada cubaan ke arah pintu gol pada 10 minit pertama. Madeira membuat beberapa pertukaran untuk cuba menggempur bahagian pertahanan Malaysia. Walaupun Madeira membawa masuk ramai pemain baru, namun mereka masih gagal untuk masuk ke dalam kotak penalti Malaysia untuk menghasilkan jaringan. Malaysia pula dilihat semakin garang selepas kemasukan Safee Sali yang berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan India. 

India akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit 87 menerusi tandukan Syed Rahim Nabi hasil dari sepakan sudut. Selepas jaringan itu India semakin bersemangat untuk mencari gol kemenangan namun begitu digagalkan oleh benteng kental pasukan Malaysia. 

Kedua-dua pasukan bakal berentap lagi di Salt Lake Stadium pada 16 November nanti. 



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...