Wednesday 9 November 2011

Mampukah Malaysia Menjadi Kuasa Besar Bolasepak Di Asia??

GAGAL LAGI!!Mampukah Malaysia menjadi kuasa besar bolasepak di asia dalam masa 10 tahun akan datang?Jika prestasi semasa pasukan pelapis Malaysia diambilkira dan dinilai pasti jawabnya TIDAK!!Adakah Malaysia akan terus menjadi raja bolasepak di Asia Tenggara??jawapannya MERAGUKAN!!MENGAPA??

Pasukan pelapis bawah 16 tahun negara gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2012 apabila terkandas di peringkat kelayakan. Dibelasah China dan Korea Utara dan hanya mampu seri dengan Singapura. Masih jauh lagi jurang kita dengan pasukan2 elit di Asia seperti China dan Korea malah kita masih gagal menjarakkan jurang kita dengan pasukan Singapura.

Dan yang terbaru pasukan bawah 19 tahun negara juga terkandas di peringkat kelayakan Piala Asia U19 2012. Malaysia hanya mampu seri 0-0 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar yang mana kita memerlukan kemenangan untuk menempah tiket secara automatik ke Piala Asia U19 2012. Malaysia gagal mengalahkan Vietnam dengan hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0, dibelasah Korea Utara 4-1 dan cuma satu kemenangan sahaja yang mampu dicapai dengan menewaskan Laos 4-1. 

Jika prestasi sepanjang peringkat kelayakan diambilkira dapat disimpulkan bahagian pertahanan negara masih gagal mengekang penyerang2 dari pasukan yang hebat di Asia. Manakala bahagian tengah dan serangan masih kurang kreativiti dan ketajaman dalam mencipta gerakan dan menjaringkan gol. 

Mungkin ada yang beranggapan prestasi pasukan pelapis negara tidak menggambarkan standard bolasepak negara pada masa kini. Bukan kah pemain-pemain muda ini yang akan meneruskan kesinambungan prestasi pasukan negara?Yang lebih merisaukan skuad pelapis negara masih lagi di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia di peringkat Asia Tenggara.

Thailand dan Vietnam sudah mengesahkan tempat secara automatik ke Piala Asia U19 2012 dan Indonesia masih lagi berpeluang merebut dua tempat ketiga terbaik untuk layak ke peringkat akhir. Kita perlu risau dengan peningkatan ketara pasukan Thailand yang layak selaku juara kumpulan yang turut dihuni oleh gergasi Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun. Thailand layak dengan rekod sempurna iaitu tanpa kalah dan tanpa bolos. Thailand berjaya menundukkan Korea Selatan 1-0 dan mengikat Jepun 0-0 untuk layak selaku juara kumpulan manakala Jepun dan Korea Selatan masih perlu bertarung sesama sendiri untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir. Skuad senior mereka yang sedang beraksi di peringkat kelayakan Piala Dunia juga kini di landasan yang terbaik untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairan jika Thailand bakal menjadi gergasi Asia suatu hari nanti.

Bukan hendak menafikan dan tidak menghargai segala bentuk pembangunan bolasepak yang telah direncanakan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia. Tetapi adakah sistem yang kita ada sudah cukup bagus untuk pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi di Malaysia??Apa bezanya kita dan Thailand??Mampukah kita hasilkan sekurang kurangnya 11 pemain seperti Safee Sali?Perlu diingat jika petak acuannya maka petak la bentuknya jika bulat acuannya maka bulat lah bentuknya. 

1 comment:

  1. u16 ngan u19 xlayak p piala asia sebab xda live kut..huhu =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...