Thursday 10 November 2011

Sukan Sea 2011 : Harimau Muda "tokak" gajah muda.

2-1

Harimau muda "tokak" gajah muda?tokak dalam loghat Kedah, maksudnya gigit atau baham..gajah muda??aku belasah jer tu..Pasti 1 Malaysia kini sedang bergembira dan lega dengan kemenangan skuad harimau muda ke atas pasukan paling banyak dapat emas bolasepak Sukan Sea iaitu Thailand. 

Malaysia 100% MEMANG LAYAK MENANG. Kenapa??Peningkatan sangat ketara berbanding aksi ketika menentang skuad young lion. Kalau aksi ketika menentang Thailand dipamerkan ketika menentang Singapura aku yakin sedozen Singapura kena tiaw..


Tahniah kepada OKS kerana berjaya mengubah terus corak permainan Malaysia..Seperti yang dinyatakan beliau ketika sidang akhbar."inilah karakter sebenar kami".Perubahan kesebelasan utama yang dilakukan oleh OKS ternyata menjadi. Beliau menumpukan bahagian tengah dengan menggandingkan kapitan Bad dan pemain muda Nazmi sambil Irfan lebih bertindak sebagai attacking midfield. Ternyata taktik OKS menjadi. Malaysia lebih menguasai bahagian tengah dan setiap gerakan lebih kreatif dan merbahaya. 

Badrol dan Irfan dilihat sering kali bertukar2 posisi dan ianya mengelirukan pihak lawan sehingga Bad berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil larian dari belakang yang tidak dapat dikesan oleh pihak lawan. Yang paling megkagumkan aku adalah aksi pemain paling muda di atas padang, Nazmi yang baru sahaja berusia 17 tahun. Dia tenang ketika mengawal bola dengan teknik dan skil yang tinggi. Aku harap dia dapat konsisten dengan aksinya untuk perlawanan seterusnya. 


Jika dinilai dari statistik perlawanan, Malaysia mempunyai 17 kali serangan ke pintu gol Thailand yang sepatutnya kita dapat menjaringkan lebih dari 2 gol. Tapi dikecewakan oleh sedikit ketumpulan penyerang syahrul Azwari dan juga tiang gol. Syahrul Azwari banyak mempersiakan peluang untuk meletakkan namanya selaku penjaring gol dan jika dia tidak gopoh dan tenang di hadapan gol dia pasti akan dijulang selaku hattrik hero. 

Mungkin Syahrul Azwari banyak mempersiakan peluang tetapi dia sebenarnya banyak membantu gerakan dan asakan ke pintu gol Thailand. Dengan susuk tubuh yang sasa dan mempunyai kepantasan ketika membuat larian, dia sentiasa mengkucar-kacirkan bahagian pertahanan Thailand dan memberi ruang kepada pemain lain membuat percubaan. Bagi aku, dengan aksi yang dipamerkan Syahrul Azwari yang baru sahaja berusia 18 tahun dia mempunyai potensi besar menjadi salah seorang penyerang yang berbisa di Asia Tenggara di masa hadapan. Syahrul Azwari jauh lebih baik jika nak dibandingkan dengan penyerang Thailand yang berguru di Everton. Cuma dia perlu lebih tenang dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila mempunyai peluang di hadapan gol.

Sekali lagi aku nak memuji bahagian pertahanan yang bermain dengan cemerlang di sepanjang perlawanan. Jentera serangan Thailand agak sukar menembusi bahagian pertahanan dan mereka hanya mampu melancarkan rembatan dari luar kotak penalti yang tampak mudah untuk diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Cuma mereka perlu meningkatkan tahap fokus dan cepat rebuild defend shape ketika pihak lawan mendapat sepakan percuma. Ini kerana gol Thailand adalah berpunca dari sepakan percuma pantas yang diambil oleh mereka dan dalam keadaan kita tidak bersedia mereka bertukar2 hantaran dan menjaringkan gol.

Mungkin ada yang kecewa dengan prestasi Izzaq dan Fakri pada perlawanan menentang Singapura. Tapi selepas dimasukkan pada penghujung separuh masa kedua, mereka mempamerkan aksi yang luar biasa untuk membantu Malaysia mendapatkan gol yang ke 2. Fakri kembali ke prestasi asal, gerakannya beberapa kali memecah benteng Thailand dan dia sendiri mempunyai peluang menjaringkan gol. 

Izzaq menjaringkan gol ke 2 Malaysia dan aku nak melabelkan gol itu sebagai world class gol. Dengan teknik first ball yang baik selepas menerima hantaran dari Badrol, dia membuat turning yang sempurna dan membuat sepakan lencong cantik menewaskan penjaga gol. Sangat superb dan world class.


Jika aksi menentang Thailand dapat diteruskan untuk perlawanan seterusnya tidak mustahil untuk Harimau Muda mempertahankjan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas. Diharapkan kita tidak terlampau memandang rendah keupayaan Kemboja selepas ini jika tidak mahu kepunan 3 mata berharga. Aku yakin kita mampu tewaskan Kemboja dan dengan prestasi dan corak permainan ketika menentang Thailand diteruskan aku yakin Indonesia yang perasan kuat dan syok sendiri tu akan disayurkan oleh Harimau Muda. Malaysia Boleh!!!Apa kata anda??


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...