Showing posts with label Malaysia U23. Show all posts
Showing posts with label Malaysia U23. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Misi Tercapai. Pingat Emas Milik Harimau Muda.

TAHNIAH!!TAHNIAH!!TAHNIAH!!Tahniah Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan raja segala pingat iaitu pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea tahun ini. Yang lebih manis kita berjaya menumpaskan Sang Garuda di sarangnya sendiri dan mengecewakan 100 ribu penyokong fanatik yang tidak tahu menghormati lagu kebangsaan kita. Tidak perlu kita membalas provokasi mereka dengan provokasi, tetapi kita membalas provokasi mereka ini dengan kemenangan.


PUAS!!dengan segala dugaan dan provokasi yang dilontarkan oleh tuan rumah terhadap skuad Harimau Muda mereka masih mampu bertahan dan berjuang habis-habisan demi Malaysia. Bayangkanlah bagaimana kentalnya Harimau Muda ketika berhadapan dengan skuad yang kononnya terbaik dan bersemangat tinggi dibantu oleh penyokong fanatik di gelanggang keramat mereka Gelora Bung Karno.

Garuda pastinya kecewa selepas mereka dilihat begitu yakin untuk merebahkan harimau untuk mendapatkan pingat emas yang mereka menangi kali terakhir pada tahun 1991 di Manila. Kekuatan mental pemain-pemain Harimau Muda adalah kunci kepada kejayaan kali ini. Mereka jelas sekali tidak terganggu dengan provokasi-provokasi oleh pihak lawan dan juga penyokong.Pada aku, provokasi-provokasi inilah yang banyak membantu meningkatkan moral pemain-pemain kita untuk beraksi dengan lebih bersemangat.

Sebenarnya kita mengalami banyak kekurangan ketika beraksi di final, apabila ramai pemain-pemain utama kita mengalami kecederaan. Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul Azwari terpaksa diketepikan sehingga memaksa OKS meletakkan Asraruddin bermain di sayap kiri manakala tempatnya diambilalih oleh Zubir Azmi. Namun begitu, Zubir mempamerkan aksi yang terbaek walaupun pertama kali diturunkan oleh OKS dengan berjaya menyekat pergerakan pemain sayap lincah Indonesia Andik.

Tidak ada pemain terbaek untuk aku tabalkan pada perlawanan akhir ini kerana bagi aku semua pemain Harimau Muda adalah yang terbaik. Cuma aksi Fakri Saarani sedikit mengecewakan kerana dia gagal menjalankan tugasnya sebagai pemain penyerang untuk menjaringkan gol apabila banyak mempersiakan peluang-peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan yang paling mengecewakan sekali adalah apabila dia gagal menyempurnakan sepakan penalti. Bagi aku Fakri adalah antara penyerang muda yang terbaik di Malaysia dan aku mengharapkan Fakri dapat kembali ke prestasi asalnya dan tidak perlulah kita menggelarnya "kepala bana" seperti sesetengah pihak.

Sebenarnya skuad Harimau Muda ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan pasukan lain. Kita mempunyai jentera tengah yang mantap dan juga kreatif. Baddrol, Irfan, Gurusamy, Nazmi, Wan Zaharulnizam dan Fandi memainkan peranan yang baik di sepanjang kejohanan.Mereka bijak menguasai bahagian tengah dengan corak hantaran pendek dan juga melakukan umpanan-umpanan yang baik untuk disudahkan oleh penyerang.

Kita juga mempunyai bahagian pertahanan yang kebal yang mampu mengekang serangan-serangan pantas pihak lawan. Mereka dilihat lebih tenang dan tersusun ketika bertahan sambil dibantu oleh ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi. Apek sentiasa tidak mengecewakan kita dengan aksi-aksi luar biasanya ketika menyelamatkan gawang dari dibolosi pihak lawan. Tapi yang menjadi sedikit kekurangan untuk skuad Harimau Muda ini adalah di bahagian serangan.

Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai seorang penggempur persis Safee Sali di bahagian serangan. Menang besar rasanya di final semalam. Tapi aku yakin dengan kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh Syahrul Azwari. Penyerang berusia 18 tahun ini mempunyai kepantasan dan sentiasa mampu memecah benteng pertahanan lawan dan jika digilap lagi bakatnya pasti boleh menjadi penyerang sehebat Safee Sali satu hari nanti.

Pemain yang paling mencuri perhatian aku adalah Nazmi Faiz Mansor. Baru berusia 17 tahun tetapi corak permainannya begitu matang dan mempunyai teknik yang tinggi. Nazmi bijak mengawal bahagian tengah dengan menggunakan kelebihannya ketika mengawal bola, dengan mudah melepasi kawalan pihak lawan dan membuat hantaran-hantaran yang tepat kepada rakan-rakan. Tidak terlebih rasanya jika aku nak melabelkan Nazmi Faiz ini sebagai "harimau wonder kid". Dan jeneral Harimau Malaya di masa hadapan.

Tahniah juga kepada kapten Baddrol Bakhtiar yang sentiasa memberi inspirasi kepada pemain-pemain lain dengan memerah keringatnya beraksi lebih dari 100% pada setiap perlawanan.Dan tidak dinafikan Baddrol merupakan nadi utama skuad Harimau Muda. Kebijaksanaan Ong Kim Swee dalam membentuk skuad muda ini dan kepintarannya dalam mengatur strategi juga harus diberikan kredit. Diharapkan Ong Kim Swee dapat meneruskan kecemerlangannya untuk membentuk pemain-pemain muda yang merupakan pelapis yang bakal memperkasakan lagi skuad Harimau Malaya.


Misi untuk mempertahankan emas bolasepak Sukan Sea sudah pun berjaya direalisasikan oleh skuad muda ini. Rintangan seterusnya adalah kelayakan olimpik. Skuad Harimau Muda bakal melayan kunjungan Syria dan Bahrain di Kuala Lumpur. Diharapkan momentum kemenangan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi untuk skuad Harimau Muda beraksi dengan lebih baik dan tidak mustahil untuk kita tumbangkan pasukan-pasukan gergasi Asia ini. 

Selamanya Harimau Malaya!!!

Thursday, 17 November 2011

VIDEO : GARUDA MUDA DITERKAM, DIBAHAM DAN DIRATAH HARIMAU MUDA



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!! GELORA BUNG KARNO DIREDAH, GARUDA DITERKAM, DIBAHAM DAN DIRATAH!!! 1-0 JE..ADA AKU KISAH?? MISI SETERUSNYA TUMBANGKAN MYANMAR DI SEPARUH AKHIR..JUMPA LAGI INDONESIA, MUNGKIN DI FINAL??INDONESIA KE FINAL??? 


Gol tunggal Syahrul Azwari menjulang Harimau Muda di Bung Karno..




Thursday, 10 November 2011

Sukan Sea 2011 : Harimau Muda "tokak" gajah muda.

2-1

Harimau muda "tokak" gajah muda?tokak dalam loghat Kedah, maksudnya gigit atau baham..gajah muda??aku belasah jer tu..Pasti 1 Malaysia kini sedang bergembira dan lega dengan kemenangan skuad harimau muda ke atas pasukan paling banyak dapat emas bolasepak Sukan Sea iaitu Thailand. 

Malaysia 100% MEMANG LAYAK MENANG. Kenapa??Peningkatan sangat ketara berbanding aksi ketika menentang skuad young lion. Kalau aksi ketika menentang Thailand dipamerkan ketika menentang Singapura aku yakin sedozen Singapura kena tiaw..

Monday, 7 November 2011

Sukan Sea 2011 : Malaysia Terlepas 2 Mata Berharga Diikat Singapura 0-0


0 - 0

Pasti ramai yang kecewa dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan A Sukan Sea 2011 di Indonesia. Namun, keputusan ini pasti menggembirakan Thailand dan tuan rumah Indonesia yang berada satu kumpulan dengan Malaysia. Sebelum nak cerita panjang tentang game ni, apa yang hangbola boleh simpulkan, jika tidak ada perubahan untuk game seterusnya terpaksalah kita melupakan hasrat nak pertahankan pingat emas yang kita menang 2 tahun lepas.

Wednesday, 19 October 2011

Undian Kumpulan Bolasepak Sukan Sea Indonesia 2011 : Malaysia Huni Kumpulan Maut

Malaysia bakal menempuh ranjau berduri untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2009 apabila diundi di dalam kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Indonesia, dan Kemboja. 

Pendapat hangbola walaupun Malaysia berada di dalam kumpulan maut, kita tetap pasukan pilihan jika berdasarkan prestasi semasa skuad U 23 yang sebahagian besarnya di barisi oleh pemain yang mewakili skuad olimpik yang sedang beraksi di peringkat akhir peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia. Tak perlu lah kita nak mengelak bertemu dengan mana-mana pasukan kerana ini adalah strategi pasukan pengecut dan mengharapkan nasib semata. Apa yang perlu adalah kita perlu tumbangkan satu demi satu lawan yang bakal kita hadapi untuk menjadi juara yang sebenar dan mempertahankan emas yang sudah kita genggam. Malaysia perlu buktikan kita adalah raja bolasepak di Asia Tenggara.

Pertemuan Malaysia dan Indonesia pastinya menjadi tumpuan. Ke stadium naik kereta perisai lagi???

Kumpulan A                     Kumpulan B 
Malaysia                               Vietnam
Indonesia                              Myanmar
Thailand                                Filipina
Singapura                              Laos
Kemboja                                Timor Leste
                                                Brunei

Jadual Perlawanan pasukan Malaysia : 
 9/11 vs spore, 11/11 vs thai, 15/11 vs kemboja, 17/11 vs indonesia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...