Friday 9 December 2011

Wayne Rooney Lega Tiga Penggantungan Dikurangkan Kepada Dua


Selepas kecewa Manchester United terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Wayne Rooney kini mungkin sedikit lega apabila rayuan mengurangkan hukuman penggantungan 3 perlawanan diterima UEFA dengan penggantungan tiga perlawanan dikurangkan kepada dua.

Hukuman tersebut adalah disebabkan oleh tindakan Rooney menendang pemain Montenegro Miodrag Dzudovic 
pada aksi terakhir pusingan kelayakan Oktober lalu. Ini bermaksud Rooney bakal beraksi ketika England menentang Ukraine namun bakal terlepas aksi menentang France dan Sweeden. 

Manakala satu penggantungan lagi bakal dilakukan dalam lingkungan tempoh 4 tahun untuk kejohanan anjuran UEFA. Bermakna jika Rooney dikenakan kad merah ketika beraksi bersama Manchester United untuk kejohanan Liga Europa dia akan digantung satu perlawanan bersama England. 

Rooney juga perlu melakukan aktiviti kejurulatihan dalam komuniti menerusi projek UEFA.

Keputusan UEFA ini pasti melegakan England kerana Rooney merupakan pemain tonggak di bahagian serangan. England begitu terdesak untuk mendapatkan khidmat Rooney kerana England kini begitu sukar untuk mendapatkan pemain-pemain penyerang lain yang mempunyai prestasi yang konsisten ketika bersama England.  

Rupa-rupanya EPL yang gah dan popular di seluruh dunia pun sukar untuk melahirkan penyerang-penyerang yang hebat untuk dimanfaatkan oleh pasukan England. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...