Tuesday 13 December 2011

Penjelasan Pengurus Safee Sali Tentang Isu Safee Sali Bakal Dibanned Mewakili Malaysia

"Ramai yg minta penjelasan mengenai status liga Indonesia dan pemainnya terutama bintang negara, Safee Sali. Di Indonesia sekarang berlangsungnya 2 liga iaitu IPL dan ISL. Ini terjadi kerana apabila PSSI diambil alih pucuk pimpinannya, mrk melantik P.T IPL Sportindo utk anjur liga. Selama ini liga dianjurkan oleh PT Liga Indonesia (ISL). Sebanyak 34 pasukan diterima. Ini dibantah oleh kelab2 lain kerana kos dan masa. Ia knemudian dikecilkan kpd 26 pasukan. Tetapi IPL gagal sediakan jadual yang sempurna krn kurang pengalaman anjur liga. Maka banyak kelab utama kembali semula kpd ISL. Akhirnya 18 pasukan di ISL dan 10 pasukan di IPL. Byk perlawanan IPL terpaksa dibatalkan kerana pasukan yg awalnya main di IPL berubah ke ISL kerana hilang keyakinan kpd IPL. 90% pemain Timnas Indonesia senior dan junior bermain di ISL. Kelab utama spt Persipura, Persija, Persib, Pelita Jaya, Arema Indonesia, Persisam dll main di ISL. Hanya 2-3 shj pemain Timnas di IPL. Liputan secara langsung dan liputan berita juga diberikan untuk ISL. Yg mengatakan pemain ISL tak boleh main negara hanyalah kenyataan Ketua Umum PSSI, bukan kenyataaan FIFA. Maka tak timbul isu mengatakan ISL liga haram dan Safee tak boleh main utk negara. Hanya Presiden PSSI shj yg kata tak benarkan pemain ISL wakili negara. 4 dari 5 Exco PSSI tidak sehaluan dgn Presiden dan bulan ini akan diadakan Kongres PSSI dan sesuatu dijangka akan berlaku. Terbaru, coach Rahmad Dharmawan resign krn kecewa dgn pendirian PSSI. Pemain berpendirian bahawa mrk hanya mau main bola dan penguasa harus bijak laksanakan tanggungjawab tanpa jejaskan cita2 pemain. Harap PSSI akan bertindak bijak dan tidak jejaskan pemain yg jelas hanya nak main BOLA!!!"

SUMBER : Zack Rahim FB


2 comments:

  1. gua tak paham sangat sebenarnya isu ni. harap hang bola boleh bagi clear.

    ReplyDelete
  2. http://hangbola.blogspot.com/2011/12/isl-diharamkan-fifaafc-safee-sali-bakal.html
    refer sini untuk isu ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...