Friday 9 December 2011

Vidic Tidak Dapat Beraksi Hingga Akhir Musim


Manchester United mengesahkan kecederaan yang dialami Vidic ketika aksi menentang FC Basel akan mengambil masa yang lama untuk pulih.. Ini bermaksud Vidic tidak dapat beraksi bersama United sehingga akhir musim.

Berita tersebut pasti memberi tamparan yang hebat untuk United kerana bakal kehilangan kapten yang merupakan tonggak di bahagian pertahanan. 

"Kami rasa kecederaan tersebut teruk" kata Ferguson. "Ianya berita buruk apabila dia tidak dapat beraksi sehingga akhir musim. Dia akan berjumpa specialist Isnin ini untuk pembedahan dan mungkin tidak akan dilakukan serta-merta sehingga bengkak di lututnya surut". 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...