Tuesday 13 December 2011

Liverpool Menaja Manchester United?


Liverpool mengambil risiko kemarahan peminat mereka dengan berada hampir kepada penaja Manchester United Aon.

Pemilik Kop dikhabarkan meletakkan insurans mereka dengan Aon - syarikat yang menaja United 20 juta pound setahun. 
 
Dan itu bermakna mereka kini secara tidak langsung menyumbang kepada pembelian dan pembayaran gaji pasukan yang musim lalu memenangi 19 kejuaraan memecahkan rekod 18 kejuaraan mereka.

Sumber berkata: "Ia merupakan satu perkara yang luar biasa untuk dilakukan.

"Apabila peminat Liverpool mengetahuinya, pasti mereka akan marah kerana kelab ini secara tidak langsung membantu United.

"Bekerja dengan penaja musuh ketat kelihatan seperti menjaringkan gol sendiri." 

Kelab mengambil polisi insurans bernilai jutaan ke atas stadium, harta dan terhadap kemungkinan pemain yang cedera atau perlu berhenti bermain."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...