Saturday 10 December 2011

Senarai Pemain Skuad Kedah 2012


Penjaga Gol :
1. Helmi Eliza Elias
2. Abdul Hadi Hamid
3. Mohd Muhaimin Mohamad (Pemain Baru - Presiden Kedah)

Pertahanan :
4. Fauzie Nan
5. V.Thirumurugan
6. Khairul Hemi Johari
7. Fazliata Taib
8. Sabree Abu
9. Azmizi Azmi (Pemain Baru - Perlis)
10. Bashahrul Abu Bakar (Pemain Baru - Harimau Muda A)
11. Sany Mat Isa (Pemain Baru - Perlis)
12. Daniel Vivaldo (Import - Brazil)

Tengah :
13. Amar Rohidan
14. See Kok Luen (Pemain Baru - KL)
15. Mohd Kamal Azira (Pemain Baru - USM FC)
16. Daniel Baroni (Import - Brazil)
17. Ahmad Basri Abdul Wahid (Pemain Baru - Harimau Muda A)

Penyerang :
18. Khyrill Muhymeen
19. Baddrol Bakhtiar
20. Fiqri Mat Isa
21. Abdul Latif Suhaimi (Pemain Baru - Pulau Pinang)
22. Faizal Abu Bakar

Inilah barisan pemain-pemain skuad kenari 2012 yang baru diperkenalkan oleh KFA pagi tadi. Seramai 9 pemain baru termasuk dua orang pemain import dari Brazil diserapkan ke skuad utama tahun 2012. Nampaknya samba menjadi pilihan Wan Jamak ketua jurulatih Kedah

Manakala bekas pemain legenda hijau kuning Nidzam Adha dilantik menjadi pemangku ketua jurulatih Kedah  2012 sementara Wan Jamak menjalani hukuman pergantungan 6 perlawanan sementara pembantu nya Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri 4 perlawanan.

Jersi skuad Kedah tahun ini bakal ditaja oleh Line 7. Sehingga setakat ini, pihak penaja jersi baru Kedah 2012, Line 7 yang kembali menggamit nostalgia 2007 & 2008 baru menghantar satu rekaan jersi kepada pihak kfa. Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan berkata, "saya kurang berminat dengan rekaan pihak Line 7 yang pertama ini kerana ianya kelihatan seperti rekaan jersi Manchester United, maka rekaan jersi belum diputuskan." Sementara itu ketika sidang Pengenalan pemain tadi, ada peminat yang menyatakan kepada pihak KFA bahawa mereka mempunyai beberapa arekaan yang tersendiri yang direka khas bagi pasukan kesayangan negeri jelapang padi. Mereka berharap pihak KFA dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap rekaan itu.

Dikhabarkan juga pasukan Pelita Jaya FC dari Indonesia berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kedah sebelum bermulanya sepak mula MSL 2012. Mengenai pertemuan persahabatan antara Pelita Jaya dengan Kedah, pihak KFA sememangnya secara dasar bersetuju untuk ke sana bagi mengadakan perlawanan itu tetapi dalam masa yang sama merancang untuk bertemu banyak lagi pasukan daripada Indonesia di sana sekiranya perlawanan menentang Pelita Jaya berjaya diaturkan. Namun begitu, semua masih awal untuk memperkatakan hal itu. Masih ada sebulan sebelum perlawanan liga super 2012 bermula.

Dengan skuad baru Hijau Kuning ini, peminat-peminat setia Kedah pasti mengharapkan kenari mampu untuk terbang lebih tinggi dan mengembalikan nostalgia double treble mereka. Adakah Kedah mampu bersamba?sama-sama kita nantikan aksi hijau kuning di MSL 2012 nanti.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...