Saturday 26 November 2011

SAH!! Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hai-O, Irwan Fadzly Dan Rezal Zambrey Masuk Tentera


ATM a.k.a Angkatan Tentera Malaysia pasukan yang akan bersaing di Liga Perdana pastinya akan menjadi tumpuan peminat bolasepak di Malaysia. Selepas mendapatkan Sathianathan sebagai ketua jurulatih, kini terbaru 5 pemain berprofil tinggi bakal menyarung jersi ATM musim depan.


4 pemain tonggak N.Sembilan, pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Hairudin Omar, Irwan Fadzly dan bekas pemain N.Sembilan Rezal Zambrey sah sertai ATM. Dan mungkin ramai lagi pemain-pemain yang berkualiti akan menyertai ATM.

Tidak mustahil ATM adalah calon juara liga perdana musim 2012 dan bakal menjadi salah satu pasukan elit di Malaysia.

2 comments:

  1. wow..satu berita yang menarik.
    dengan barisan pemain handal dan mempunyai nama besar dalam arena bola sepak tempatan, di samping sentuhan jurulatih berpengalaman (B. Sathianathan) sudah pasti ATM akan jadi pesaing kuat dalam liga perdana 2012. aku nak tengok sama ada ATM mampu pegi jauh dalam saingan piala FA yang akan bertemu dengan pasukan-pasukan elit negeri..

    ReplyDelete
  2. perhh..mantap ATM kali ni..bukan main2 lagi..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...