Thursday 24 November 2011

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 0 - Syria 2


Apa yang aku dapat simpulkan untuk game semalam, Harimau masih lagi keletihan selepas 120 minit bertarung dengan garuda. Tempoh 48 jam tidak cukup untuk kembalikan kekuatan dan kegarangan harimau. Mereka tidak dapat mempamerkan aksi sebenar tanpa pemain-pemain tonggak harimau muda yang tidak dapat beraksi semalam seperti Irfan Fazail, Fadhli Shaas, Syahrul Azwari, Izzaq Faris, Wan Zaharul Nizam dan Gary Steven Robart.

Namun begitu, aku tetap nak bagi kredit dekat harimau muda sebab mereka dapat menandingi dan bersaing dengan Syria malah mereka lebih baik dari Syria terutama sekali di separuh masa pertama. Serangan-serangan harimau muda nampak lebih berbahaya dan tersusun. Mereka mempelbagaikan corak serangan dengan hantaran-hantaran pendek yang pantas bermula dari bahagian tengah, kadang-kadang menggunakan sayap dan juga hantaran-hantaran lintang yang bahaya. Harimau muda mendapat beberapa peluang namun tidak berjaya disudahkan dengan baik.

Barisan pertahanan juga beraksi dengan baik menyekat penyerang-penyerang Syria masuk ke kawasan kotak penalti Malaysia. Mereka hanya mampu melakukan rembatan-rembatan dari luar kotak penalti dan dengan mudah ditepis Khairul Fahmi.

Malangnya, harimau muda hanya mampu bertahan untuk 45 minit. Di separuh masa ke dua tempo permainan harimau muda menjadi perlahan dan Syria mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan. Keletihan jelas sekali terpancar di muka pemain-pemain Malaysia. Akhirnya Syria berjaya merobek pintu gol harimau muda sebanyak 2 kali.

Aku rasa kalau semua pemain cergas dan bebas dari kecederaan tidak mustahil harimau muda dapat tewaskan Syria semalam. Peluang masih ada, misi wajib menang menentang Bahrain di Bukit Jalil Ahad ini. Ayuh harimau muda. Kumpulkan kembali tenaga dan kekuatanmu, terus mengganas membaham mangsamu.



“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...