Monday 28 November 2011

Kelayakan Olimpik : Malaysia 2 - 3 Bahrain "Robohkan Midfield Malaysia"


"Robohkan midfield Malaysia". Mungkin ini adalah taktik Bahrain untuk separuh masa ke dua? Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan harimau muda terletak di bahagian tengah. Jelas sekali Malaysia menguasai bahagian tengah dengan gandingan Nazmi Faiz, Affizie dan Irfan Fazail sentiasa melancarkan serangan-serangan merbahaya dan juga memberi perlindungan kepada bahagian pertahanan dengan menyekat gerakan yang cuba diatur Bahrain.

Jurulatih Bahrain awal-awal lagi memberi amaran yang mereka akan mengawal pergerakan Nazmi Faiz yang mereka ramal akan mampu membuat sesuatu jika dibiarkan bebas. Namun begitu mereka gagal menyekat Nazmi Faiz apabila Nazmi dengan gerakan solo berjaya melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti. Jaringan "world class" dari Nazmi.

Harimau Muda berjaya menyumbat gol ke dua menerusi Mahali Jasuli pada separuh masa kedua. Kemudian bermulalah detik-detik malang harimau muda. Bahrain yang gagal menguasai bahagian tengah telah mengubah corak permainan menjadi lebih keras dan kasar terutama sekali kepada pemain-pemain tengah Malaysia. Mereka menggunakan kelebihan fizikal untuk mengasak pemain-pemain Harimau Muda dan Affizie menjadi mangsa yang pertama apabila dia diterjah keras oleh pemain Bahrain. Tapi Bahrain tak berapa nak bernasib baik sebab dapat 1 kad merah.

Asakan-asakan keras ala2 ragbi diteruskan oleh pak2 arab kepada pemain-pemain cute Harimau Muda. Akhirnya Nazmi Faiz dan Irfan Fazail mengalami kecederaan. Nazmi Faiz terpaksa dikeluarkan dan Irfan Fazail terus bermain dan tak dapat ditukar sebab OKS dah buat 3 pertukaran. Maka patahlah taring harimau muda selepas robohnya bahagian midfield. Pemain-pemain gantian jelas tak mampu beraksi dengan baik. Bahrain dengan mudah menguasai permainan dan menjaringkan 3 gol.

Mungkin ada yang sedih, kecewa, macam tak percaya Bahrain dengan 10 pemain berjaya menjaringkan 3 gol??tapi sedar tak sebenarnya kita juga hanya beraksi dengan 10 pemain apabila Irfan hanya mampu menjadi penumpang di padang selepas mengalami kecederaan. Yang lebih parah bahagian tengah sudah tidak mampu menjana serangan dan melindungi bahagian pertahanan dengan baik. Bahagian pertahanan mula tertekan dan tak mampu lagi menahan asakan bertubi-tubi oleh Bahrain dan akhirnya kita terpaksa berputih mata dan kempunan mengutip 3 mata yang pertama.

Harimau muda harus bangkit selepas ini dan jadikan apa yang terjadi malam ini sebagai pengalaman dan pengajaran yang paling berguna untuk terus mengaum di masa hadapan. Semua pemain harus fokus sehingga ke wisel penamat dan pemain-pemain gantian yang dimasukkan perlu sentiasa bersedia untuk memberi aksi yang terbaik apabila khidmatnya diperlukan.

Jika dipandang dari sudut positif, peningkatan ketara telah dipamerkan oleh skuad harimau muda. Kita telah berjaya menandingi pasukan-pasukan dari asia barat dan bukan lagi menjadi pasukan yang mudah ditewaskan. Kita menguasai permainan dengan baik, mengasak pertahanan lawan dan menyekat serangan lawan cuma faktor kecergasan sahaja yang menghalang harimau muda mencatat kemenangan.

Peluang untuk layak ke Olimpik pasti agak sukar, cuma apa yang aku harapkan harimau muda dapat bangkit dan memberi aksi yang terbaik untuk baki 3 perlawanan nanti dan membuktikan kita bukan sahaja jaguh di Asia Tenggara tapi kita sudah bersedia untuk bersaing di peringkat tertinggi Asia.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...