Sunday 11 September 2011

Full Time Report : Piala Malaysia 2011 Matchday 2

Full Time Report : Kumpulan A


Sabah - Kedah   2 - 1     Stadium Likas
Perak - Johor     2 - 1     Stadium Ipoh

Di Stadium Likas, Sabah menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) dan Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. 1 kad merah juga dilayangkan kepada pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Di Stadium Perak, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan. 

Full Time Report : Kumpulan B


N.Sembilan - Sime Darby   5 - 0    Stadium Tuanku Abdul Rahman

Terengganu - PKNS           3 - 2    Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Azraai Khor tersenyum riang apabila menyaksikan pasukannya Negeri Sembilan membelasah Sime Darby 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian. Shukor Adan menambah gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkapkan kenduri gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, PKNS dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).


Full Time Report : Kumpulan C


Kelantan - Johor FC        2 - 1   Stadium Sultan Mohd ke IV
Felda United - Sarawak   1 - 0   Stadium MBPJ Kelana Jaya

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Sarawak 1 – 0. Nizam Abu Bakar menjadi penyelamat apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.


Full Time Report : Kumpulan D

Kuala Lumpur - T-Team   2 - 1    Stadium PBKL Cheras
Selangor - PDRM            2 - 0    Stadium Shah Alam

Selangor menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam. Fadzli Saari menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...