Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Haji Irfan Bakti Berhijrah ke Selangor Dan Tempatnya Digantikan Mat Zan Mat Aris


Selepas gagal membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali ke dua, Haji Irfan Bakti membuat keputusan dengan berhijrah ke Selangor untuk musim 2012 nanti. Pemergiannya pasti amat dirasai seluruh kem penyokong pasukan Terengganu. Sepanjang tempoh beliau menjadi jurulatih Terengganu, beliau telah berjaya mengembalikan kegemilangan pasukan Terengganu apabila membawa Terengganu muncul juara Piala FA 2011, naib juara Piala Malaysia 2011 dan Liga Super 2011. 


Tempatnya bakal digantikan oleh jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris. Mat Zan bukanlah asing dalam sejarah bolasepak Terengganu. Pada tahun 2001 Mat Zan berjaya membimbing pasukan Terengganu muncul juara Piala Malaysia buat pertama kalinya. 

Wednesday, 19 October 2011

Penyu Ketawa, Gergasi Merah Menangis

Penyu tak nangis malam ni, yang menangis si Gergasi Merah. kenapa?sebab tewas 0-2 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam. Selangor beraksi tanpa kapitan Amri Yahyah yang mengalami kecederaan gagal menandingi kehebatan Terengganu. Ganu dengang stylo nye kepok lekor kan Selangor.

Gol pertama Terengganu muncul seawal minit pertama hasil jaringan Manaf Mamat. Gol yang sangat pelik, lawak, stylo,dan  macam2 lagi la. Kalau Chicharito selalu score gol yang pelik2, gol ni lagi pelik dan ajaib. Tak tau la sengaja, tak sengaja, memang dah plan ke..lantak le. asalkan gol. 

Gol ke 2 pun abg manaf jugak yang score. Gol minit ke 30 ni pun sempoi jugak la. Dari luar kotak penalti, dia titik 2 orang defend, change kaki, placing shoot ke kiri pintu gol Selangor . Bola leret je, tapi goalie Selangor tak dapat nak save, off position agaknya.

Persembahan Selangor boleh la di kategorikan sebagai hilang punca, no idea, senang cite no game plan. Bahagian tengah yang dibarisi Bunyamin, Hardi, dan Fitri gagal berfungsi dengan baik. 3 pemain penyerang Azidan, Amirul Hadi dan Syafiq gagal mengancam pintu gol Terengganu. Bahagian pertahanan pula agak leka dan kelam kabut apabila diserang oleh Ganu. Dan yang paling mengecewakan sekali pastinya sepakan percuma Shafiq Rahim yang sentiasa ke bulan.

Bagi Hang Bola Terengganu memang berhak untuk menang malam ni sebab semua bahagian bermain dengan cemerlang sekali. Paling mantap sekali bahagian serangan, 4 serangkai Manaf, Hadi, Ashaari, Joseph Kalang. Diorang ni main 1 or 2 touch jer, laju dan sentiasa berlari dan bertukar2 posisi dan paling merbahaya ketika melakukan counter attack. Kalau corak permainan macam ni dikekalkan tak mustahil Ganu bawak balik piala tahung ni.

Hang bola kesian tengok player2 malam ni asyik terjatuh je, bukan sebab ditackle, tapi sebab padang yang macam bendang. Dah la venue final Piala Malaysia tahun ni. Renung-renungkan lah.

keputusan separuh akhir pertama :
Selangor 0 - 2 Terengganu
T-Team  2 - 4 N.Sembilan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...