Monday 31 October 2011

Haji Irfan Bakti Berhijrah ke Selangor Dan Tempatnya Digantikan Mat Zan Mat Aris


Selepas gagal membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali ke dua, Haji Irfan Bakti membuat keputusan dengan berhijrah ke Selangor untuk musim 2012 nanti. Pemergiannya pasti amat dirasai seluruh kem penyokong pasukan Terengganu. Sepanjang tempoh beliau menjadi jurulatih Terengganu, beliau telah berjaya mengembalikan kegemilangan pasukan Terengganu apabila membawa Terengganu muncul juara Piala FA 2011, naib juara Piala Malaysia 2011 dan Liga Super 2011. 


Tempatnya bakal digantikan oleh jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris. Mat Zan bukanlah asing dalam sejarah bolasepak Terengganu. Pada tahun 2001 Mat Zan berjaya membimbing pasukan Terengganu muncul juara Piala Malaysia buat pertama kalinya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...