Friday 21 October 2011

Preview Perlawanan Pilihan : Manchester United vs Manchester City

Helang Biru akan terbang menyerang Old Trafford dan pasti akan ditentang habis habisan Si Setan Merah. Benda apa la plak setan-setan, ular-ular ni. Saje je intro ganas sikit. Senang citer Manchester United akan menanti kunjungan Manchester City di Old Trafford. 


Pertembungan 2 pasukan jiran setempat ini pasti menarik bukan sekadar kerana pertembungan tradisi Manchester derby tetapi juga kerana pertembungan kali ini adalah antara 2 kelab yang kini berada di persada liga. City kini sedang berada di atas singgah sana, sementara United di tangga ke 2.
Statistik perlawanan sebelum ini memihak kepada United, namun kini City adalah sebuah pasukan yang sukar untuk ditumpaskan memandangkan City kini dibarisi ramai pemain bertaraf bintang. Perlawanan kali ini boleh dilabel sebagai Manchester derby terbesar. 


Pemain yang harus diberi tumpuan untuk perlawanan ini pastinya 2 penyerang sensasi yang merupakan penjaring terbanyak setakat ini iaitu Rooney dan Aguero. Siapakah yang bakal lebih menyinar untuk perlawanan ini?Adakah Rooney mampu untuk sekali lagi melakukan sepakan gunting seperti yang telah dilakukan pada perlawanan derby musim lepas di Old Trafford yang memberikan kemenangan 2-1 kepada United.


Jika dinilai dari pertembungan yang lepas, kedua dua pasukan ini bermain dengan corak menyerang dan permainan akan lebih terbuka dan hasilnya banyak gol yang akan dihasilkan.  Pasti menarik untuk melihat pertembungan pemain sayap kedua dua pasukan yang pastinya akan cuba membuka permainan dari arah tepi untuk menyerang pihak lawan. United pastinya akan menyenaraikan 2 pemain sayap berbisa mereka Young dan Nani manakala City akan mempertaruhkan David Silva dan Adam Johnson untuk memecah kubu pertahanan United.

Setan merah atau helang biru yang akan menjadi raja di Manchester?semua akan terjawab pada hari Ahad ini. Hangbola memilih United menang dengan jaringan 4-3. Anda bagaimana?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...