Tuesday 25 October 2011

FAM Cekik Darah

 Seperti yang semua maklum, 29hb Oktober ini akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam. Maka ramai lah penyokong kedua2 pasukan yang beria2 merancang rombongan ke Shah Alam bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Sudah menjadi tradisi stadium akan dipenuhi oleh penyokong-penyokong pasukan yang beraksi di pentas final Piala Malaysia memandangkan Piala Malaysia adalah kejohanan yang paling berprestij di Malaysia berbanding Liga Super.

Namun begitu perasaan teruja, bersemangat dan membuak-buak ingin ke stadium pasti tersentap dek kerana mengetahui harga tiket dinaikkan kepada RM50 berbanding RM30 pada tahun lepas. RM50???apa kejadahnya??sebab venue ditukar ke Stadium Shah Alam??istimewa sangat ke Stadium Shah Alam berbanding Bukit Jalil??keadaan padang yang boleh disamakan dengan bendang padi malah padang sekolah rendah pun lebih cantik.

Alasan yang diberikan FAM kenaikan harga tiket itu bertujuan untuk membanteras kegiatan ulat tiket. Itu sahaja kaedah yang FAM ada unutuk banteras ulat tiket??sangat bernas idea FAM yang dianggotai golongan bijak pandai ini. Tak fikir beban yang bakal dipikul penyokong??bayangkan jika ada 1 keluarga dari Besut Terengganu yang merancang untuk datang memberi sokongan di Stadium Shah Alam, terdiri dari 5 orang dewasa. Kos tiket sahaja sudah mencecah RM250 berbanding cuma RM150 sahaja jika harga tiket RM30 seperti tahun lepas. Kenaikan 60%. Bagaimana pula dengan kos pengangkutan, perjalanan, penginapan dan berbagai lagi. Tersangat membebankan.

FAM dengan yakin menyatakan jumlah penonton tidak akan berkurang walaupun harga tiket dinaikkan. Bagaimana jika sebaliknya yang berlaku?Penyokong membatalkan hasrat ingin ke stadium dan hanya menyaksikan perlawanan siaran langsung di televisyen?stadium tidak penuh, pasti akan kurangnya kemeriahan pada perlawanan akhir nanti. Tapi jika target FAM tercapai sekalipun, adakah mereka terfikir di mana hak penyokong yang setia dirompak??



Yang menjadi persoalan, adakah keputusan menaikkan harga tiket ini adalah keputusan sepakat oleh ahli-ahli FAM jika Tan Sri Anuar Musa sendiri tidak mengetahui harga tiket dinaikkan?Jika dilihat di media sosial, ramai yang tidak berpuas hati dan beria-ria ingin memboikot dan tidak mahu membeli tiket. Kepada FAM, hangbola berharap tindakan menaikkan harga tiket ini dapat dikaji semula. Jangan rompak hak penyokong yang setia dan kemeriahan pentas akhir Piala Malaysia. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...