Thursday 20 October 2011

video : Highlight Piala VFF 2011 Malaysia U23 1 - 3 Uzbekistan U23

Malaysia u23 bermula agak hambar apabila dijinakkan Uzbekistan u23 1-3 pada perlawanan pembukaan Piala VFF 2011 di Vietnam. Tapi ok la tu sebab 3 gol je bolos dan dapat score 1 goll. Uzbekistan ni kira team yang power juga la di Asia. Actually Malaysia participate tournament ni just untuk pemilihan pemain bagi menghadapi Sukan SEA bulan depan. Membentuk skuad yang mantap untuk mempertahankan pingat emas di Indonesia.

Ketiga-tiga gol Uzbekistan terhasil pada separuh masa kedua kerana Malaysia berjaya mengikat Uzbekistan 0-0 pada separuh masa pertama. Gol pertama Uzbek terhasil apabila pemain Uzbek membuat kuisan mudah di depan pintu gol  dengan meng"ayam" 2 pertahanan Malaysia yang hanya mampu melihat sahaja. Pemain Uzbek membuat sepakan lambung melemaskan goalie Malaysia untuk gol ke 2. Gol ke 3 pula adalah hasil dari sepakan penalti apabila Fandi menjatuhkan pemain Uzbek di dalam kotak penalti. Malaysia mendapat gol saguhati di penghujung perlawanan apabila Fandi membuat tolakan mudah menewaskan penjaga gol Uzbek. Gerakan berpunca dari Baddrol Bakhtiar yang melepaskan rembatan deras ke arah gol.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan menentang Myanmar pada 21 Oktober ini. Semoga Harimau Muda dapat bangkit semula. aummm!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...