Monday 24 October 2011

Bukan Sekadar Manchester City Kelab Yang Meraikan Penghinaan Ke Atas Manchester United?

"Kami Man City" itulah nyanyian yang dilontarkan oleh penyokong City dengan penuh semangat. "Dan kami akan lakukan apa yang kami mahu". Bukan sekadar lagu kemenangan tapi lebih kepada lagu dendam. Ia adalah lagu kejuaraan yang kini seperti mejadi milik mereka. Lagu untuk City, tapi yang lebih penting ia juga lagu untuk semua pasukan yang menderita di bawah era gemilang Sir Alex Ferguson dalam tempoh 20 tahun ini.



Ia adalah hari pasukan yang sentiasa membuli pasukan lain dengan kebijaksanaan bolasepak mereka dan sentiasa mendapat sokongan yang padu semenjak awal 90-an merasai perasaan apabila dimalukan. Ia juga hari yang menyaksikan Old Trafford yang tinggal separuh kosong sebelum perlawanan ditamatkan dan penyokong mempersoalkan apakah sudah berakhir masa untuk kita bermimpi sepertimana semasa kita adalah raja.
 
Pelbagai gurauan dan sindiran tersebar di internet hanya sejurus selepas United dimalukan. "beribu-ribu beratur untuk melihat mayat Johnny Evans di cawangan Stretford Iceland" antara guraun dan sindiran yang terpaksa diterima oleh penyokong United. Setiap orang bergembira, termasuk peminat Liverpool, Spurs, Newcastle dan terutamanya penyokong Arsenal, yang masih terluka selepas United memalukan mereka 8-2 di Old Trafford lapan minggu yang lalu sehingga ada yang menafsirkan ia menandakan berakhirnya era Arsene Wenger.

City memiliki segala-galanya semalam. Keindahan dan tipu daya David Silva, sandiwara Mrio Balotelli, kerja keras James Milner, dan keazaman yang tinggi dipamerkan kapten Vincent Kompany. United pula kelihat lesu dan letih. Jiran yang dilabel sebagai bising datang menyerang dan meruntuhkan kubu mereka. Sememangnya agak sukar untuk mengingati bila kali terakhir kekuasaan mereka di dalam Liga perdana Inggeris dilihat begitu rapuh dan mudah diperkotak-katikkan. Mungkin ketika mereka tewas 1-3 kepada Aston Villa semasa perlawanan pembukaan musim 1995-96. Dan mungkin ketika Roman Abramovich membeli Chelsea dari Kate Bates dan Jose Maurinho membimbing mereka untuk back-to-back titles. Namun, kredit untuk Ferguson apabila berjaya mengatasi semua cabaran yang datang dan sentiasa membimbing United menjadi sebuah pasukan yang sangat berkuasa di dalam bolasepak Inggeris walaupun dia akan menjangkau usia 70 pada tahun baru ini.

Tanpa Nemanja Vidic, pertahanan tengah United kelihatan sangat rapuh. Walaupun Rio Ferdinand merupakan pemain yang menakjubkan untuk United, namun era itu semakin jauh meninggalkannya. Bahagian tengah juga sangat kritikal, kesan dari persaraan Paul Scholes dan sumbangan terhad oleh Giggs kini semakin dirasakan. Darren Fletcher masih belum mencapai prestasi sebenar selepas dia bertehat panjang akibat dijangkiti oleh virus. Manakala Anderson pula tidak konsisten.

Disebalik kegembiraan yang dirasai kini oleh semua orang yang membenci United, mereka juga perlu ingat dan menyedari apa yang sedang berlaku di Old Trafford. Ferdinand mungkin sudah berumur, tapi Chris Smalling dan Phil Jones sudah pun mempamerkan kematangan mereka. Danny Welbeck bintang muda yang semakin bersinar, Ashley Young menunjukkan peningkatan yang sangat ketara selepas perpindahannya dari Villa. Nani semakin matang untuk menjadi pemain berkelas dunia dan Wayne Rooney adalah antara pemain yang terbaik di dunia. Apabila pemain berkualiti seperti Michael Owen tidak mampu untuk menempatkan diri di bangku simpanan, ianya sangat jelas bahawa United masih lagi merupakan kuasa besar yang perlu disegani.

City adalah pasukan yang lebih baik semalam sebelum United dikurangkan kepada 10 pemain, tetapi mereka berjaya mengambil kesempatan ini dengan melebarkan margin kemenangan mereka. City mempunyai kelebihan untuk meneruskan kecemerlangan mereka sehingga ke akhir musim manakala Roberto Mancini perlu diberikan kredit apabila berjaya membentuk satu set pemain yang mahal dan berkualiti kepada 1 unit yang mantap dalam tempoh masa yang singkat.

Tetapi tidak adil jika dilabelkan "habis" untuk United dan mereka tidak akan memenangi gelaran musim ini. Perlu diingat mereka mempunyai tabiat kuat dan semakin kuat menuju ke akhir musim. "kita perlu kembali" kata Ferguson selepas keputusan yang sememangnya sukar untuk diterima olehnya. "Sejarah United lain hari" Ia adalah amaran kerana salah satu sebab yang sentiasa menjadi kebimbangan bola sepak Inggeris dan kelab lain adalah United sentiasa ketawa dan berpesta di akhir musim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...