Liga paling popular di dunia Barclays Premier League kini sedang menghampiri jumlah gol 20,000 semenjak pemain Sheffield United Brian Deane menjaringkan gol pertama pada 15 August 1992 ketika menentang Manchester United.
Wednesday, 21 December 2011
Saturday, 17 December 2011
Europa League Draw Last 32 : United, City, Stoke Menentang Wakil Dari Pasukan Champion League.
Tiba-tiba sahaja Europa League mendapat populariti seperti Champions League tahun ini selepas beberapa pasukan gergasi bakal beraksi di peringkat kalah mati selepas tersingkir dari peringkat kumpulan Champions League. Antaranya adalah finalis champions Legue tahun lalu Manchester United dan pendahulu EPL Manchester City.
Undian telah dilakukan dan menyaksikan United bakal berentap dengan bekas jaguh eropah Ajax Amsterdam yang juga tersingkir dari peringkat kumpulan Champions Legue 2011/2012. Manchester City pula diundi bertemu dengan juara bertahan Europa League 2010/2011 FC Porto. Manakala satu lagi pasukan dari England Stoke City yang berjaya melepasi peringkat kumpulan Europa League bakal berentap dengan wakil Spain Valencia yang tersingkir dari peringkat kumpulan Champions League.
Mampukah United dan City mampu pergi jauh untuk saingan Europa League musim ini?Mungkinkah dua pasukan dari Manchester ini bakal berentap di pentas final?
Undian last 32...
FC Porto v Man City
Ajax v Man Utd
Lokomotiv Moscow v Athletic Bilbao
SV Salzburg v Metalist Kharkiv
Stoke City v Valencia
Rubin Kazan v Olympiakos
AZ Alkmaar v Anderlecht
Lazio v Atletico Madrid
Steaua Bucharest v FC Twente
Plzen v FC Schalke
Wisla Krakow v Standard Liege
SC Braga v Besiktas
Udinese v PAOK
Trabzonspor v PSV
Hannover v Club Brugge
Legia Warsaw v Sporting
Undian Last 16...
SV Salzburg/Metalist v Rubin K/Olympiakos
Legia W/Sporting v Porto/Man City
Steaua/Twente v Plzen/Schalke
Wisla K/Standard L v Hannover/Club Brugge
Stoke/Valencia v Trabzonspor/PSV
Az Alkmaar/Andrelecht v Udinese/PAOK
Lazio/Atletico M v SC Braga/Besiktas
Ajax/Man Utd v Lokomotiv M/Athletic Bilbao
Thursday, 15 December 2011
VIDEO : David Villa Patah Tulang Betis vs Al-Sadd separuh akhir FIFA Club World Cup 2011
Barcelona membelasah juara kelab Asia Al-Sadd 4-0 untuk layak ke final FIFA Club World Cup 2011. Di sebalik kegembiraan layak ke final, Barcelona juga bakal kehilangan David Villa yang patah betis kaki kiri ketika membuat percubaan ke arah pintu gol Al-Sadd.
Cuba tengok pada ulang tayang kali ke tiga yang nampak jelas betis kaki kiri David Villa patah. Villa bakal berehat panjang sehingga akhir musim dan kemungkinan tidak dapat beraksi di EURO 2012.
Hanya 12 Pasukan Sahaja Beraksi Untuk Liga Super 2013
FAM sekali lagi merombak struktur Liga Super untuk musim 2013. Hanya 12 pasukan akan bertanding di Liga Super 2013. 9 pasukan teratas Liga Super 2012, juara Liga Perdana 2012 dan pasukan jemputan Lions XII akan layak secara automatik ke Liga Super 2013. Baki satu lagi tempat bakal direbut pasukan di tempat ke 10, 11 dan 12 dan naib juara Liga Perdana 2012 secara playoff. Dua pasukan yang menang akan bermain secara timbal balik. Manakala pasukan di tangga ke 13 dan 14 Liga Super 2012 akan diturunkan ke Liga Perdana.
Tuesday, 13 December 2011
VIDEO : Perlawanan Persahabatan Malaysia U23 3 - 0 Sydney FC
Tahniah harimau muda kerana meneruskan momentum kemenangan. 2 gol dihasilkan oleh Ahmad Hazwan Bakri manakala 1 gol lagi menerusi sepakan percuma cantik dari K.Gurusamy. Sydney fc menurunkan pemain muda mereka dengan alasan merehatkan pemain-pemain utama selepas beraksi di perlawanan liga Ahad lalu.
Dalam perlawanan ini Ong Kim Swee berkesempatan menguji pemain-pemain baru yang diserapkan ke skuad harimau muda. Yang paling menonjol pastinya Ahmad Hazwan Bakri yang berjaya menyumbat 2 gol. Bertubuh sasa persis Safee Sali. Diharapkan Hazwan dapat menyelesaikan masalah penyerang yang dialami skuad harimau muda.
Ayuh harimau terus mengaum!!
Penjelasan Pengurus Safee Sali Tentang Isu Safee Sali Bakal Dibanned Mewakili Malaysia
"Ramai yg minta penjelasan mengenai status liga Indonesia dan pemainnya terutama bintang negara, Safee Sali. Di Indonesia sekarang berlangsungnya 2 liga iaitu IPL dan ISL. Ini terjadi kerana apabila PSSI diambil alih pucuk pimpinannya, mrk melantik P.T IPL Sportindo utk anjur liga. Selama ini liga dianjurkan oleh PT Liga Indonesia (ISL). Sebanyak 34 pasukan diterima. Ini dibantah oleh kelab2 lain kerana kos dan masa. Ia knemudian dikecilkan kpd 26 pasukan. Tetapi IPL gagal sediakan jadual yang sempurna krn kurang pengalaman anjur liga. Maka banyak kelab utama kembali semula kpd ISL. Akhirnya 18 pasukan di ISL dan 10 pasukan di IPL. Byk perlawanan IPL terpaksa dibatalkan kerana pasukan yg awalnya main di IPL berubah ke ISL kerana hilang keyakinan kpd IPL. 90% pemain Timnas Indonesia senior dan junior bermain di ISL. Kelab utama spt Persipura, Persija, Persib, Pelita Jaya, Arema Indonesia, Persisam dll main di ISL. Hanya 2-3 shj pemain Timnas di IPL. Liputan secara langsung dan liputan berita juga diberikan untuk ISL. Yg mengatakan pemain ISL tak boleh main negara hanyalah kenyataan Ketua Umum PSSI, bukan kenyataaan FIFA. Maka tak timbul isu mengatakan ISL liga haram dan Safee tak boleh main utk negara. Hanya Presiden PSSI shj yg kata tak benarkan pemain ISL wakili negara. 4 dari 5 Exco PSSI tidak sehaluan dgn Presiden dan bulan ini akan diadakan Kongres PSSI dan sesuatu dijangka akan berlaku. Terbaru, coach Rahmad Dharmawan resign krn kecewa dgn pendirian PSSI. Pemain berpendirian bahawa mrk hanya mau main bola dan penguasa harus bijak laksanakan tanggungjawab tanpa jejaskan cita2 pemain. Harap PSSI akan bertindak bijak dan tidak jejaskan pemain yg jelas hanya nak main BOLA!!!"
SUMBER : Zack Rahim FB
Subscribe to:
Posts (Atom)


