Friday, 21 October 2011

Luca Toni ke Arsenal?

Arsenal yang terdesak untuk mendapatkan pemain baru terutama di bahagian serangan kini dikaitkan dengan pemain veteran Luca Toni yang beraksi di Seria A bersama Juventes.

Luca Toni yang kini berusia 34 tahun mempunyai baki kontrak 6 bulan di Juventes bakal dilepaskan Juventes. Jentera serangan Arsenal pasti dapat diperkuatkan dengan kehadiran Luca Toni bergandingan dengan Robin Van Persie.

Dengan kehadiran Luca Toni juga pasti memberi peluang Van Perie beraksi sebagai backup striker posisi asalnya di belakang Luca Toni yang merupakan seorang natural striker yang mempunyai kelebihan fizikal.

Thursday, 20 October 2011

video : Highlight Piala VFF 2011 Malaysia U23 1 - 3 Uzbekistan U23

Malaysia u23 bermula agak hambar apabila dijinakkan Uzbekistan u23 1-3 pada perlawanan pembukaan Piala VFF 2011 di Vietnam. Tapi ok la tu sebab 3 gol je bolos dan dapat score 1 goll. Uzbekistan ni kira team yang power juga la di Asia. Actually Malaysia participate tournament ni just untuk pemilihan pemain bagi menghadapi Sukan SEA bulan depan. Membentuk skuad yang mantap untuk mempertahankan pingat emas di Indonesia.

Ketiga-tiga gol Uzbekistan terhasil pada separuh masa kedua kerana Malaysia berjaya mengikat Uzbekistan 0-0 pada separuh masa pertama. Gol pertama Uzbek terhasil apabila pemain Uzbek membuat kuisan mudah di depan pintu gol  dengan meng"ayam" 2 pertahanan Malaysia yang hanya mampu melihat sahaja. Pemain Uzbek membuat sepakan lambung melemaskan goalie Malaysia untuk gol ke 2. Gol ke 3 pula adalah hasil dari sepakan penalti apabila Fandi menjatuhkan pemain Uzbek di dalam kotak penalti. Malaysia mendapat gol saguhati di penghujung perlawanan apabila Fandi membuat tolakan mudah menewaskan penjaga gol Uzbek. Gerakan berpunca dari Baddrol Bakhtiar yang melepaskan rembatan deras ke arah gol.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan menentang Myanmar pada 21 Oktober ini. Semoga Harimau Muda dapat bangkit semula. aummm!!!!!

Wednesday, 19 October 2011

video : K.Reuben Tackle Referee Semasa Perlawanan Persahabatan Menentang Australia

Woitt!!nasib baek ref tak bagi red card sebab tackle dari belakang..



Terbongkar!!Surat Rayuan Rooney Kepada UEFA.

Selepas digantung 3 perlawanan, bintang England Rooney membuat rayuan kepada UEFA untuk diringankan hukuman yang dikenakan kepada nya. Ini adalah suratnya yang terkantoi dan didedahkan kepada umum.



Undian Kumpulan Bolasepak Sukan Sea Indonesia 2011 : Malaysia Huni Kumpulan Maut

Malaysia bakal menempuh ranjau berduri untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2009 apabila diundi di dalam kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Indonesia, dan Kemboja. 

Pendapat hangbola walaupun Malaysia berada di dalam kumpulan maut, kita tetap pasukan pilihan jika berdasarkan prestasi semasa skuad U 23 yang sebahagian besarnya di barisi oleh pemain yang mewakili skuad olimpik yang sedang beraksi di peringkat akhir peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia. Tak perlu lah kita nak mengelak bertemu dengan mana-mana pasukan kerana ini adalah strategi pasukan pengecut dan mengharapkan nasib semata. Apa yang perlu adalah kita perlu tumbangkan satu demi satu lawan yang bakal kita hadapi untuk menjadi juara yang sebenar dan mempertahankan emas yang sudah kita genggam. Malaysia perlu buktikan kita adalah raja bolasepak di Asia Tenggara.

Pertemuan Malaysia dan Indonesia pastinya menjadi tumpuan. Ke stadium naik kereta perisai lagi???

Kumpulan A                     Kumpulan B 
Malaysia                               Vietnam
Indonesia                              Myanmar
Thailand                                Filipina
Singapura                              Laos
Kemboja                                Timor Leste
                                                Brunei

Jadual Perlawanan pasukan Malaysia : 
 9/11 vs spore, 11/11 vs thai, 15/11 vs kemboja, 17/11 vs indonesia.

Jurulatih T-Team Yunus Aliff Berang Dengan Penjaga Gol


4 gol dilepaskan T-Team semalam di Kuala Terengganu pastinya menutup peluang mereka beraksi buat pertama kalinya di final Piala Malaysia.

T-Team tewas 2-4 kepada Negeri Sembilan dalam saingan separuh akhir pertama.Yunus Aliff ternyata berang dengan prestasi penjaga golnya terutama sekali 2 gol Hai-O menerusi tandukan mudah.

"Dia takut nak keluar challenge bola. Takut sangat dengan Hai-O. Dengan botak dia." lebih kurang macam tu la komen dia masa interview dengan Astro Arena.

Penyu Ketawa, Gergasi Merah Menangis

Penyu tak nangis malam ni, yang menangis si Gergasi Merah. kenapa?sebab tewas 0-2 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam. Selangor beraksi tanpa kapitan Amri Yahyah yang mengalami kecederaan gagal menandingi kehebatan Terengganu. Ganu dengang stylo nye kepok lekor kan Selangor.

Gol pertama Terengganu muncul seawal minit pertama hasil jaringan Manaf Mamat. Gol yang sangat pelik, lawak, stylo,dan  macam2 lagi la. Kalau Chicharito selalu score gol yang pelik2, gol ni lagi pelik dan ajaib. Tak tau la sengaja, tak sengaja, memang dah plan ke..lantak le. asalkan gol. 

Gol ke 2 pun abg manaf jugak yang score. Gol minit ke 30 ni pun sempoi jugak la. Dari luar kotak penalti, dia titik 2 orang defend, change kaki, placing shoot ke kiri pintu gol Selangor . Bola leret je, tapi goalie Selangor tak dapat nak save, off position agaknya.

Persembahan Selangor boleh la di kategorikan sebagai hilang punca, no idea, senang cite no game plan. Bahagian tengah yang dibarisi Bunyamin, Hardi, dan Fitri gagal berfungsi dengan baik. 3 pemain penyerang Azidan, Amirul Hadi dan Syafiq gagal mengancam pintu gol Terengganu. Bahagian pertahanan pula agak leka dan kelam kabut apabila diserang oleh Ganu. Dan yang paling mengecewakan sekali pastinya sepakan percuma Shafiq Rahim yang sentiasa ke bulan.

Bagi Hang Bola Terengganu memang berhak untuk menang malam ni sebab semua bahagian bermain dengan cemerlang sekali. Paling mantap sekali bahagian serangan, 4 serangkai Manaf, Hadi, Ashaari, Joseph Kalang. Diorang ni main 1 or 2 touch jer, laju dan sentiasa berlari dan bertukar2 posisi dan paling merbahaya ketika melakukan counter attack. Kalau corak permainan macam ni dikekalkan tak mustahil Ganu bawak balik piala tahung ni.

Hang bola kesian tengok player2 malam ni asyik terjatuh je, bukan sebab ditackle, tapi sebab padang yang macam bendang. Dah la venue final Piala Malaysia tahun ni. Renung-renungkan lah.

keputusan separuh akhir pertama :
Selangor 0 - 2 Terengganu
T-Team  2 - 4 N.Sembilan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...