Monday, 12 September 2011

FULL TIME REPORT EPL : BOLTON VS MANCHESTER UNITED + VIDEO

                                                                                     
                                                                                     Javier Hernandez (5')
                                                                                     Wayne Rooney (20')
                                                                                     Wayne Rooney (25')
                                                                                     Javier Hernandez (58')
                                                                                     Wayne Rooney (68')

                                                                                    


    Manchester united meneruskan kecemerlangan pada awal musim. Kali ini Bolton menjadi mangsa apabila 5 gol dijaringkan tanpa balas. Wayne Rooney melengkapkan hatrik ke dua menjadikan jumlah jaringan untuk 4 perlawanan adalah 8 gol. Javier Hernandez yang membuat penampilan pertama  untuk pasukan utama juga cemerlang dengan menjaringkan 2 gol. 
    Gol pertama terhasil apabila Nani dengan bijak melakukan hantaran lintang leret dan Hernandez berlari meninggalkan marker nya Gary Cahill untuk menyambar bola di bahagian near post. Gol ke 2 terhasil apabila pemain pertahanan kanan Phil Jones melakukan hantaran lintang tinggi dari bahagian tepi dan Rooney yang berada di depan gol melakukan tapping mudah untuk menewaskan Jaaskelainen. Phil Jones sekali lagi mencuri tumpuan apabila melakukan larian menyusup masuk menewaskan beberapa orang pemain pertahanan Bolton sebelum melepaskan rembatan yang ditepis oleh Jaaskelainen dan bola muntah disambar oleh Rooney untuk gol ketiga united. Gol ke 4 berpunca dari rembatan Carrick dari luar kotak penalty yang ditepis oleh pemain pertahanan Bolton sebelum bola singgah ke kaki Hernandez, dan dengan mudah Hernandez menolak masuk untuk gol ke 2 nya. Rooney melengkapkan hatriknya dan gol ke 5 United apabila melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalty selepas menerima hantaran cantik dari Nani. 
    Semua pemain united bermain dengan cemerlang pada perlawanan ini. Persefahaman antara pemain adalah tinggi dan corak permainan pantas yang dipamer united sememangnya menyukarkan Bolton. Bahagian tengah jelas dikuasai oleh Anderson dan Carrick. De Gea juga bermain dengan cemerlang apabila menyelamatkan rembatan deras Klasnic. Tetapi Ashley Young agak tenggelam dalam perlawanan ini.Perlawanan seterusnya untuk united adalah kejuaraan eropah menentang Benfica . Perkara yang dibimbangkan oleh Fergie adalah kecederaan Tom Cleverly dan Johnny Evans.






 

VIDEO PIALA MALAYSIA 2011 MATCHDAY 2 (10 SEP 2011)

video : Perak vs Johor  2 - 1


video : Sabah  vs  Kedah  2 - 1


video : Negeri Sembilan  vs  Sime Darby  5 - 0


video : Terengganu  vs  PKNS  3 - 2


video : Kelantan  vs  Johor FC  2 - 1


video : Felda United  -  Sarawak  1 - 0


video : Kuala Lumpur  vs  T-Team


video : Selangor  vs  PDRM  2 - 0

UPDATE MALAYSIA U-16 AFC CHAMPIONSHIP 2012 QUALIFICATION AND MALAYSIA U-19 AFF CHAMPIONSHIP 2011

Malaysia U-16 AFC Championship 2012 Qualification
Keputusan Perlawanan ke-2 Kumpulan E (10 Sep 2011)

Malaysia  -  Korea Utara  0  -  3
Singapore - China             1  -  3


Malaysia U-19 AFF Championship 2011
Keputusan Perlawanan ke-2 Kumpulan A (11 Sep 2011)

Cambodia  -  Philippines  5  -  3
Malaysia   -   Thailand     0  -  1


Harapan Hang Bola untuk melihat Malaysia U-16 bangkit sekurang2 nya mengikat pasukan juara bertahan Korea Utara ternyata meleset apabila tewas 0 - 3. Peluang untuk layak ke Kejuaraan AFC kini tipis. Berbaki lagi 2 perlawanan Malaysia perlu menang untuk sekurang2 nya berada di tempat ke 3 kumpulan sambil berharap kita adalah 2 pasukan terbaik tempat ke 3 untuk layak secara automatik.
Pasukan Malaysia U-19 gagal menandingi kehebatan pasukan Thailand apabila tewas 0 - 1 dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan kejohanan AFF U-19. Berbaki 2 perlawanan pasukan Malaysia U-19 perlu bangkit untuk memastikan tempat ke peringkat separuh akhir.

Sunday, 11 September 2011

Full Time Report : Piala Malaysia 2011 Matchday 2

Full Time Report : Kumpulan A


Sabah - Kedah   2 - 1     Stadium Likas
Perak - Johor     2 - 1     Stadium Ipoh

Di Stadium Likas, Sabah menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) dan Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. 1 kad merah juga dilayangkan kepada pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Di Stadium Perak, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan. 

Full Time Report : Kumpulan B


N.Sembilan - Sime Darby   5 - 0    Stadium Tuanku Abdul Rahman

Terengganu - PKNS           3 - 2    Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Azraai Khor tersenyum riang apabila menyaksikan pasukannya Negeri Sembilan membelasah Sime Darby 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian. Shukor Adan menambah gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkapkan kenduri gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, PKNS dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).


Full Time Report : Kumpulan C


Kelantan - Johor FC        2 - 1   Stadium Sultan Mohd ke IV
Felda United - Sarawak   1 - 0   Stadium MBPJ Kelana Jaya

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Sarawak 1 – 0. Nizam Abu Bakar menjadi penyelamat apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.


Full Time Report : Kumpulan D

Kuala Lumpur - T-Team   2 - 1    Stadium PBKL Cheras
Selangor - PDRM            2 - 0    Stadium Shah Alam

Selangor menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam. Fadzli Saari menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1

Keputusan perlawanan Piala Malaysia Matchday 2

10 September 2011
KUMPULAN A

Sabah - Kedah   2 - 1     Stadium Likas
Perak - Johor     2 - 1     Stadium Ipoh


KUMPULAN B
N.Sembilan - Sime Darby   5 - 0    Stadium Tuanku Abdul Rahman
Terengganu - PKNS           3 - 2    Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah


KUMPULAN C

Kelantan - Johor FC        2 - 1   Stadium Sultan Mohd ke IV
Felda United - Sarawak   1 - 0   Stadium MBPJ Kelana Jaya


KUMPULAN D
Kuala Lumpur - T-Team   2 - 1    Stadium PBKL Cheras
Selangor - PDRM            2 - 0    Stadium Shah Alam
























































Saturday, 10 September 2011

Marlon dan Nelson kembali ke Kedah???

BEKAS pemain import skuad Hijau Kuning, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James menunjukkan reaksi positif untuk kembali beraksi dengan pasukan bola sepak Kedah pada Liga Super 2012

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan dua bekas pemain import ini adalah berdasarkan prestasi mereka ketika bersama pasukan bola sepak Kedah bahkan mereka amat disukai penyokong Kedah.

“Menerusi emel yang mempelawa mereka beraksi dengan kita (Skuad Hijau Kuning), Nelson membalas ‘I like your King very much and I want to play for him’ dan Marlon pula membalas ‘I love Kedah’

“Namun kita menghadapi sedikit kekangan untuk mendapatkan khidmat Nelson, memandangkan pemain itu baru sahaja tamat kontrak dengan Singapura setahun lalu, dan mengikut syarat dia perlu melepasi :cooling period: selama dua tahun, sebelum boleh beraksi dengan mana-mana pasukan di Asia,” katanya kepada :Sinar Harian.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menetapkan pemain import perlu melepasi tempoh dua tahun selepas setiap kali berkhidmat dengan mana-mana pasukan bagi mengatasi masalah lambakan pemain import di rantau ini.

“Oleh itu, kita akan membuat rayuan kepada FAM, agar Nelson dapat beraksi dengan Skuad Hijau Kuning musim depan,” katanya.

“Sekiranya kekangan ini dapat diselesaikan, dua pemain import itu tetap menjalani proses penilaian bagi memastikan tahap kecergasaan dan prestasi semasa yang akan dikendalikan jurulatih pasukan,” katanya.

Dua pemain import ini dijangka kembali ke Kedah sebaik tamat saingan Piala Malaysia.



















Hang Bola like...legend!!..harap2 betul la..mantopp!!!Tapi adakah prestasi mereka masih sama macam 3 tahun lepas??

Pre Match Preview : Bolton vs Manchester United

 


11 September 2011, Reebok Stadium
12.30am, LIVE ASTRO 817


Last meeting at Reebok Stadium 2-2

Pemain tumpuan - tengah perform sakan.

                                 Gary Cahill                                                    Ashley Young
 

Key Battle - Kevin Davies vs Phil Jones : physical battle between striker and defender. sape lagi kuat??



Berdasarkan prestasi semasa, Hang Bola predict Manchester United akan menewaskan Bolton dengan jaringan 3-1. apa komen sahabat2??setuju tak dengan Hang Bola?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...