Friday, 30 September 2011

Champions League Team of The Matchday 2

Goalkeeper

Diego Alves
Valencia

Membantu Valencia mengikat Chelsea 1-1 dengan aksi tangkas menyelamatkan banyak percubaan bahaya, termasuk 2 percubaan dari Torres dan 1 dari Anelka.


Defenders

Anthony Reveillere (Lyon) - Lucio (Inter) - Jerome Boateng (Bayern Munich) - Jeremy Morel (Marseille)

Kapten Lyon Antony Reveillere pemain pertahanan kanan membantu pasukannya untuk menewaskan Dinamo Zagreb dengan aksi tangkas di bahagian pertahanan dan turut membantu serangan. Lucio menjaringkan 1 gol untuk membantu Inter tewaskan CSKA Moscow. Jerome Boateng beraksi cemerlang ketika bertemu bekas pasukannya Manchester City dengan mengunci setiap pergerakan Aguero.Dan pemain pertahanan kiri Jeremy Morel turut cemerlang ketika beraksi menentang Borussia Dortmund.


Midfield

Kaka (Real Madrid) - Roman Shirokov (Zenit St Petersburg) - Franck Ribery (Bayern Munich)

Berita gembira untuk Real Madrid apabila Kaka sudah kembali ke prestasi sebenar membantu Real Madrid tewaskan Ajax 3-0 dengan menjaringkan 1 gol dan assist 1 gol. Zenit tewaskan Porto 3-1 dengan Roman Shirokov mempamerkan persembahan cemerlang sebagai box-to-box midfield serta menjaringkan 2 gol untuk pasukannya. Franck Ribery menjadi duri dalam daging kepada Manchester City apabila setiap gerakannya sukar dikawal oleh mereka. 


Striker

 Lionel Messi (Barcelona) - Alexander Frei (Basel) - Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Tiada apa lagi yang boleh menyekat kehebatan Messi buat masa ini.Messi menjaringkan 2 gol ketika Barcelona membelasah Bate Borisov 5-0. Ibrahimovic kembali beraksi bersama AC Milan dengan 1 gol dan 1 assist yang cantik untuk Cassano menjaringkan gol. Pemain veteran Frei hampir-hampir mengecewakan United di Old Trafford dengan jaringan golnya, sebelum Ashley Young menyamakan kedudukan 3-3.

Thursday, 29 September 2011

Manchester City News + video : Apa sudah jadi Tevez?



Semalam, berita terhangat di pasaran pastinya pertembungan Bayern Munich dengan Manchester City. Boleh la nak dilabelkan sebagai giant match peringkat kumpulan Champions League.Citeh tewas 0-2 hasil jaringan Mario Gomez. Dan yang paling mencuri tumpuan adalah tindakan Carlos Tevez yang tidak mahu bermain sebagai pemain gantian walaupun mendapat arahan dari Mancini. Tindakan Tevez jelas sekali telah menimbulkan kemarahan Mancini dan kem Citeh. Mancini melabelkan Tevez sebagai "finished". Tindakan Tevez ini pasti ada kena mengena dengan keinginan Tevez nak melangkah keluar dari Citeh pada musim perpindahan lalu. Adakah tindakan Tevez ini sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati kerana pihak Citeh yang tidak mahu melepaskan nya dan juga melucutkan jawatan kapitan?Rasanya tindakan Tevez ini adalah melampau dan tak professional langsung, malah menyusahkan dirinya sendiri. Terbaru Citeh telah menggantung Tevez selama 2 minggu berkuat kuasa serta merta. Dan yang paling menggerunkan adalah Tevez mungkin boleh digantung seumur hidup oleh FIFA jika aduan dibuat oleh Citeh kepada FIFA. Dan FIFA juga membenarkan Citeh menarik semula kontrak. Maksudnya Tevez gantung but awal la. Persoalannya, adakah Tevez sahaja yang akan bertindak demikian?biasa la kalau star tiba-tiba jadi pemain simpanan. Bagaimana pula dengan lambakan star yang lain di Citeh?kalu team dah ramai star memang macam ini la jadinya. Jadi Citeh kena bersiap sedia dengan kemungkinan yang lain bakal berlaku. Star player tak menjaminkan kejayaan sesuatu pasukan. Yang penting......kerjasama......

i miss my family...

Wednesday, 28 September 2011

Preview Piala Malaysia 2011

    Semalam tamat perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. 8 pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir dan 8 pasukan lagi mengucapkan sayonara. 
     Kejutan berlaku di dalam kumpulan A, apabila bekas juara piala Malaysia 2007 dan 2008 tersingkir awal selepas hanya mampu seri 1-1 di Darulaman. Perak menjuarai kumpulan A dengan rekod tanpa kalah dan Sabah layak setelah menewaskan Johor 4-1di Larkin.
     Tiada kejutan berlaku di dalam kumpulan B apabila 2 pasukan pilihan Negei Sembilan dan Terengganu layak ke suku akhir. kedua dua pasukan berentap semalam di Stadium Terengganu bagi menentukan juara kumpulan.Keputusan seri 0-0 memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan untuk bergelar juara kumpulan.
     Kumpulan C pula menyaksikan tersingkirnya semi finalist tahun lepas Johor FC tersingkir awal. Pasukan bukan pilihan, Felda United bersama juara bertahan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir.
     Bagi kumpulan D, pasukan yang paling mencuri tumpuan pastinya T-Team. Mereka sudah mengesahkan tempat ke suku akhir walaupun masih berbaki 1 perlawanan. Pasukan juara 32 kali Selangor, pastinya lega selepas berjaya menewaskan KL 2-1 semalam kerana keputusan seri atau tewas akan menyebabkan mereka tersingkir awal.

Jadual perlawanan suku akhir 10&14 Oktober 2011:
Perak vs Selangor
T-Team vs Sabah
N.Sembilan vs Felda United
Kelantan vs Terengganu

Hang Bola predict Perak, T-Team, N.Sembilan dan Terengganu akan ke separuh akhir.

Wednesday, 21 September 2011

2012 OLYMPIC QUALIFICATION: JAPAN 2 :0 MALAYSIA

2

 VS

0



            40 tahun yang lalu, Malaysia tewaskan Jepun 3-0 pada kelayaka olimpik Munich 1972. Namun, selepas era cemerlang itu, Malaysia terus dijajah oleh Jepun dalam sukan bolasepak. Pada hari ini Harimau Malaya berpeluang beradu tenaga menentang Samurai Biru. Malangnya, harimau tersungkur di bumi Nippon dek libasan pedang samurai biru. 
            Corak bertahan yang diserapkan oleh Ong Kim Swee  dengan harapan mencuri 1 mata untuk dibawa pulang ke Malaysia ternyata tidak menjadi. Malaysia tidak mampu menahan asakan 11 samurai biru, yang akhirnya terpaksa melepaskan 2 gol. 1 gol pada awal separuh masa pertama dan 1 gol lagi lewat separuh masa ke dua.
            Malaysia dipukau oleh skill yang tinggi pemain Jepun dan corak permainan pantas ala ninja. Malaysia hanya mampu melihat pemain-pemain Jepun bertukar hantaran membelah pertahanan Malaysia. Taktik one touch football yang dipamerkan Jepun sememangnya menyukarkan pemain Malaysia untuk mendapatkan bola. Pada separuh masa pertama bahagian tengah langsung tak dapat nak pegang bola. Tidak dapat menyimpan bola dengan lebih lama adalah masalah utama Malaysia untuk melakukan serangan. Langsung tidak ada serangan dan percubaan tepat pada separuh masa pertama.
            Ada sedikit kebangkitan pada separuh masa kedua. Malaysia mula menguasai bola dan melakukan serangan dan mendapat satu peluang keemasan berpunca dari 1 situasi kelam kabut di depan pintu gol Jepun. Namun begitu, Fandi lambat untuk melakukan rembatan. Akhirnya pada lewat separuh masa kedua, Jepun menambah jaringan ke 2. Game over.
           Walaupun tewas, saya tetap nak bagi kredit kepada Malaysia. Semua pemain bermain bersungguh2 untuk mempertahankan pintu gol. Dan yang paling cemerlang sekali tentu lah Khairul Fahmi. Banyak percubaan berbahaya dari Jepun dapat diselamatkan olehnya. Rasa nya Khairul Fahmi tak payah balik Malaysia kot, sebab dah ada team2 kat Jepun tu minat kat dia. Harap2 ada la noo.
        Kita perlu realistik masih banyak yang perlu kita lakukan untuk setanding dengan pasukan Jepun. Dari segi teknik, skill, taktik, dan kepantasan semuanya perlu dipertingkatkan. Diharap Malaysia dapat mempertingkatkan mutu permainan untuk menghadapi Syria di Bukit Jalil pada 23 November nanti.
MALAYSIA BOLEH!!!!!


p/s nak bagitau kat Ong Kim Swee suruh dia panggil Ramli yang main kat Man United tu balik main untuk Malaysia..hehe..
     
  

Sunday, 18 September 2011

UPDATE MALAYSIA U-16 AFC CHAMPIONSHIP 2012 QUALIFICATION AND MALAYSIA U-19 AFF CHAMPIONSHIP 2011

Malaysia U-16 AFC Championship 2012 Qualification
Keputusan Perlawanan ke-4 Kumpulan E (15 Sep 2011)

Malaysia  -  Singapore    1  -  1
China  -  Timor Leste     2 - 0


Seri dengan Singapore bermakna Malaysia U16 gagal layak ke Piala Asia U16 2012.


Malaysia U-19 AFF Championship 2011
Keputusan Perlawanan ke-4 Kumpulan A (17 Sep 2011)

Singapore  -  Thailand  0  -3
Malaysia   -   Philippines     6  - 0






Dengan kemenangan 6-0 ke atas Philippines, Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir di belakang Thailand. Pada separuh akhir nanti pada 19 September, Malaysia akan bertemu dengan Vietnam manakala Thailand akan bertemu dengan Myanmar.


La Liga Highlight : Barcelona 8 vs Osasuna 0 (Highlight + video)

Mak aihh!!!ngamuk sakan ni. Selepas 2 game seri dengan Real Sociedad dan AC Milan, kini juara Eropah Barcelona mula menunjukkan taring dengan membelasah Osasuna 8-0 di Nou Camp. Messi menjaringkan hatrik, David Villa dengan 2 gol, Fabregas dan Xavi masing-masing dengan 1 gol, sambil 1 gol lagi disumbangkan oleh pemain lawan Roversio.



 



Fernando Torres set to be loan out in January

       The off form Chelsea players  Fernando Torres likely to be loaned to Spain in January of this club if he still failed to score.player worth 57 million pounds, only scored one goal in 23 games. Villas Boas is concerned that Torres will continue struggle if he's left on the bench. Malaga or Atletico Madrid will be Torres temporary destination if they decide to loan out Torres.

mama..what happen to me??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...