Tahniah harimau muda kerana meneruskan momentum kemenangan. 2 gol dihasilkan oleh Ahmad Hazwan Bakri manakala 1 gol lagi menerusi sepakan percuma cantik dari K.Gurusamy. Sydney fc menurunkan pemain muda mereka dengan alasan merehatkan pemain-pemain utama selepas beraksi di perlawanan liga Ahad lalu.
Dalam perlawanan ini Ong Kim Swee berkesempatan menguji pemain-pemain baru yang diserapkan ke skuad harimau muda. Yang paling menonjol pastinya Ahmad Hazwan Bakri yang berjaya menyumbat 2 gol. Bertubuh sasa persis Safee Sali. Diharapkan Hazwan dapat menyelesaikan masalah penyerang yang dialami skuad harimau muda.
Ayuh harimau terus mengaum!!
pergh, gua nampak harapan dalam bola sepak malaysia.
ReplyDelete